Tuesday, May 13, 2014

MINYAK ARGAN (RM70)

Dipetik dari kacang kernel Argania Spinosa (Nama Rasmi Pokok Argan), minyak Argan telah digunakan dalam pelbagai bidang masakan dan kosmetik. Tetapi di dalam arena kosmetik, ia telah mempunyai populariti sehingga ia kini dikenali sebagai emas cecair oleh wanita Eropah kerana khasiat kosmetik yang begitu berharga. Ia mempunyai nilai penting serta diiktiraf oleh pakar kulit dan kecantikan. Minyak Argan telah lama digunakan sebagai agen kecantikan oleh wanita Berber, namun ia tidak diketahui oleh masyarakat umum sehingga baru-baru ini, apabila ia mampu meremajakan kulit diketahui oleh dunia luar. Minyak Argan adalah campuran bahan seperti asid lemak (80%), polyphenols, antioksidan, karotenoid dan asid lain. Setiap komponen ini bergabung untuk membentuk inventori penggunaan Minyak Argan. Beberapa manfaat Minyak Argan untuk kesihatan dan rawatan kulit boleh diiktiraf sebagai :- Minyak Argan melindungi kulit daripada kedutan kelihatan disebabkan penuaan pra-matang. Ia juga membantu mengurangkan penampilan kedutan dibawah mata. Ia merupakan agen yang sangat baik untuk kulit kering. Ia menyegar dan melembutkan kulit lebih mudah daripada penggunaan krim atau minyak yang lain. Minyak Argan kaya dengan protein yang sangat baik untuk keanjalan kulit. Ia menguatkan struktur ikatan protein pada kulit yang berfungsi untuk menegangkan kulit dan menjadikan ia kelihatan lebih segar. Minyak Argan adalah sangat baik untuk mengurangkan kegatalan kulit. Ia cepat menyembuhkan tanda-tanda yang disebabkan oleh menggaru pada kulit. Salah satu fakta yang paling menakjubkan tentang Minyak Argan ialah ia baik untuk kulit yang berminyak serta kulit kering. Sebum adalah bahan berminyak yang dirembeskan oleh kelenjar sebum yang mengekalkan kulit basah dan melindungi daripada kekeringan, tetapi rembesan yang berlebihan adalah tidak baik untuk kulit. Minyak Argan mampu mengawal rembesan sebum dan mengekalkan ke tahap yang stabil. Minyak Argan membantu mencegah kesan regangan pada kulit akibat dari proses kehamilan. Ia memberikan kekuatan kepada kuku yang lemah dan mudah pecah. Ia juga menguatkan kulit halus di akar kuku dan menjadikannya licin. Minyak Argan amat berguna dalam rawatan penyakit radang kulit seperti jerawat, cacar air dan psoriasis. Titik atau tompok-tompok merah muncul pada kulit dalam penyakit-penyakit ini. Dalam keadaan arthritis dan reumatik di mana sendi dan tisu badan yang rosak, Minyak Argan sangat melegakan dan mengurangkan kesakitan. Untuk belian terus secara online sila klik laman web dibawah : http://www.bio-asli.com/?id=fahmie80 atau boleh hubungi : 0196515135 (fahmie)

Sunday, May 11, 2014

KOPI NANDUK ARABICA PLUS TONGKAT ALI HITAM

Kopi Nanduk Arabica diperbuat dari biji kopi Arabica, dipilih kerana rasa aroma yang hebat serta dipanggang sederhana untuk mengekalkan kelembutan rasa kopi ketika minum. Digabung bersama pelbagai herba hebat seperti Ubi Jaga Gunung (Dedawai Besi), Akar Membara Merah, Rancang Tembaga dan Tongkat Ali. Herba teras dalam kopi ini adalah TONGKAT ALI HITAM. Herba ini secara tradisi adalah untuk menguatkan tenaga batin lelaki. Herba TONGKAT ALI HITAM ini berfungsi untuk menambahkan kesuburan khas untuk lelaki dan wanita dewasa. Ia mampu meningkatkan kekuatan tubuh badan manusia ke tahap optima serta menjadi amalan turun temurun orang asli di negeri Perak dan Pahang. Herba tongkat ali hitam agak sukar untuk dijumpai serta harganya yang mahal.
RM 40 \ 15uncang \ 33gm

KOPI NANDUK / NANDUK GOLD / NANDUK BOOSTER

Kini Kopi Nanduk BOOSTER diformulakan menggunakan gabungan beberapa herba semulajadi yang terbukti berkesan untuk meningkatkan daya keinginan hubungan intim antara suami & isteri.
Kelebihan KOPI NANDUK BOOSTER Mengandungi herba & vitamin tambahan yang berfungsi untuk membantu melancarkan pengaliran darah serta menguatkan otot. Mengandungi herba pemangkin yang berfungsi membantu mempercepatkan penyerapan segala khasiat & vitamin ke dalam sistem tubuh badan. Membantu dan meningkatkan daya keinginan (libido) hubungan intim antara suami & isteri, menambahkan testeron serta lain-lain unsur yang diperlukan oleh tubuh badan bagi mencapai tahap yang optimum (Normal). RM 40 \ 15 ucang \ 15gm

KOPI NANDUK / NANDUK GOLD / NANDUK BOOSTER

Kopi Nanduk adalah minuman berkhasiat yang dirumus khas dengan gabungan beberapa herba hebat yang kaya dengan khasiat dan tenaga. Ianya membantu melancarkan peredaran darah dan meningkatkan stamina. Malah ia juga mampu menguatkan otot badan anda. Dengan rasa hebat aroma kopi, tanpa kesan sampingan kopi biasa, pastinya akan menceriakan hidup anda. Kini dengan gabungan herba terbaru, Rancang Tembaga dan Ubi Jaga Gunung, mampu meningkatkan tahap kesihatan anda ke paras optima.
RM 20 / 2pek / 20gm

Thursday, May 8, 2014

Set Kecerdasan Minda (RM 140)

Sila hubungi : 0196515135 (fahmie)

Penyelesaian Masalah Resdung Dengan Set Resdung Bioasli (RM 80)

Aromaterapi berfungsi pada asasnya melalui deria bau. Umum memaklumi bahawa menghidu adalah kaedah terbaik bagi mendapatkan kesan maksima manfaat dari 'essential oil' dalam pengubatan aromaterapi ini. Ini mudah dilakukan samada dengan tisu yang telah dibasahkan dengan 'essential oil', pengewapan dari besin air panas atau kabus dari 'burner' atau 'diffuser'. Bila seseorang menghidu wangian, molekul 'essential oil' akan menyebabkan isyarat (impulses) akan dihantar ke otak, yang mana otak kemudian akan bertindak balas yang boleh memberi kesan ke berbagai bahagian tubuh. 'Limbic system' dibahagian otak akan terangsang melalui 'olfactory system' dan ia akan menimbulkan kesan tertentu pada memori dan emosi. Manakala sesetengah 'essential oil' memberikan kesan reaksi psikologi yang ketara pada seseorang. Penggunaan yang berterusan akan membantu menguatkan sistem imuniti tubuh, menghindari jangkitan dan penyakit. Secara mudah 'essential oil' mempunyai dua kelebihan :- Ia mampu memusnahkan bakteria yang sudah berada di dalam tubuh. Ia boleh merangsang sel dan organ, sehingga ia bersedia, lebih efisien dan bersedia mengatasi serangan bakteria. Aromaterapi adalah sejenis perubatan atau pencegahan alternatif yang menggunakan bahan volatil tumbuh-tumbuhan atau hasil sulingan ekstrak tumbuh-tumbuhan asli yang beraroma, dikenali sebagai 'essential oils' atau 'therapeutic oil' dan sebatian aromatik lain untuk merubah mood seseorang, fungsi kognitif atau merangsang kesihatan, keseimbangan dan kesejahteraan manusia. Walaupun keberkesanan aromaterapi perlu pembuktian secara saintifik, tetapi telah ada bukti bahawa 'essential oil' memiliki potensi therapeutik yang hebat. Dua asas utama mekanisma tentang keberkesanannya adalah, pertama pengaruh aroma terhadap otak, terutamanya 'limbic system' melalui 'olfactory system'. Kedua adalah kesan terus farmakologi 'essential oils' berkenaan. Rumusan 'essential oil ' yang digunakan dalam aroma terapi adalah benar-benar bersifat holistik, yang mana ia sangat berkesan serta memberikan tindakbalas positif terhadap minda, tubuh dan jiwa seseorang. Juga didapati sebahagian kajian klinikal aromaterapi apabila digabungkan dengan teknik-teknik perawatan lainnya, menunjukkan kesan yang sangat memberangsangkan. Sejarah mencatitkan bahawa penggunaan 'essential oil' ini bermula ribuan tahun dahulu dan ini terbukti dengan penemuan penggunaannya di dalam tempat persemadian Tutankhamun, di Mesir. Juga digunakan sejak 2700 tahun sebelum masihi dan ia tercatit dalam "The Classic Yellow Emperor's Book of Internal Medicine, China, bagi merawat masalah selsema, haid dan cirit-birit. Demikian juga tercatit dalam "The Vedic Literature of India, the Reg Veda". Ia kemudian diperkenalkan dalam bidang perubatan dan 'essential oilnya dihasilkan secara kaedah penyulingan oleh ilmuan agung Islam, Ibnu Sina sekitar tahun 980. Kaedah penggunaan aromaterapi adalah meliputi :- Sebaran Udara : untuk memberi aroma pada persekitaran atau tujuan disinfeksi. Hiduan Terus : untuk disinfeksi, melegakan saluran pernafasan, pencairan kahak dan kesan psikologi. Aplikasi khusus : untuk urutan, mandian dan penjagaan kulit terapeutik. Nota : Untuk rawatan, amalkannya 2 kali sehari. Setiap pagi & malam Khasiat Dan Penggunaan (Habbatus Sauda, Kulit Kayu Manis & Minyak Kelapa Dara) Aromaterapi Bio-Rest BioAsli adalah gabungan herba terpilih terbaik dunia, dirumus dari habbatus sauda, herba hebat, yang pernah disebut oleh Junjungan Besar Rasulullah S.A.W, yang dapat dibuktikan mujarab dalam kajian sains moden, minyak kelapa dara yang dirumus dari pohon kelapa (sejenis palma, palma juga pernah disebut oleh Rasulullah bila sahabat meminta penjelasan kepada Baginda berkaitan pohon yang disebut oleh Allah dalam Al-Qur'an, Surah Ibrahim, ayat 24) dan ekstrak kulit kayu manis herba klasik yang dikatakan tercatat dalam buku perubatan herba China sejak 2700 tahun sebelum masihi yang digunakan untuk rawatan berbagai jenis penyakit seperti cirit-birit, selsema dan masalah haid, untuk mengubati penyakit kembung, berupaya meningkatkan imuniti di dalam badan. Selain itu, ia juga boleh meningkatkan perlindungan terhadap penyakit kanser dan mengurangkan toksik penghidap kanser. Hasil kajian baru, menunjukkan ia boleh mengubati penyakit Sindrom Kekurangan Daya Ketahanan Penyakit (AIDS) dan kolesterol. Pengamal-pengamal perubatan herba memperakui kulit kayu manis mampu bertindak memanas dan mengering, lantaran itu ia baik diamalkan untuk merawat selsema, melancarkan peredaran darah, penghadaman makanan, membuang angin, mengatasi masalah loya tekak dan juga masalah berhingus.
Bahan-bahan Minyak Habbatus Sauda, Cinnamomum Zeylanicum dan Minyak Kelapa Dara Berat : 30 ml Nota : Tidak sesuai disapu pada kulit dan penghidap asthma sila hubungi : 0196515135 (fahmie)

Monday, December 9, 2013

Terapi Warna Untuk Kesihatan

Isnin. Warna Putih adalah warna perangsang Kelenjar Pineal dan Kelenjar Pituitari. Warna Putih akan diserap oleh saraf sekiranya tubuh berada dalam keadaan hening. Salah satu cara untuk mendapatkan keheningan ialah dengan tidur awal. Mereka yang tidak mendapat waktu tidur yang betul akan menjadi lemah semangat, letih dan tidak bersedia menghadapi hari Isnin. Biasanya mereka yang tidak mendapat warna perangsang ini akan merasa malas untuk ke tempat kerja setiap hari Isnin. Jika kita mendapat tidur yang mencukupi, hari Isnin sepatutnya ialah hari yang paling sesuai untuk mencetuskan idea baru, merangsang semangat dan melahirkan keazaman yang baru. Isnin ialah hari terbaik untuk menyelesaikan segala masalah yang tertunggak kerana penyelesaian pada hari Isnin adalah lebih kreatif dan efisyen pada hari ini. Bunga warna Putih jauh lebih mekar pada hari Isnin berbanding hari lain. Pokok bunga Putih yang ditanam pada hari yang lain biasanya sukar untuk hidup atau berbunga tetapi masalah ini boleh diatasi sekiranya ia ditanam pada hari Isnin. Rawatan yang sesuai dijalankan pada hari Isnin ialah penyakit seperti lemah semangat, kelesuan, hilang keyakinan diri, halusinasi, pelupa, epilepsi, amnesia (nyanyuk) dan beberapa penyakit lain yang berkaitan dengan Kelenjar Pineal dan Kelenjar Pituitari. Mereka yang mendapatkan rawatan seperti yang dinyatakan di atas didapati akan lebih cepat sembuh berbanding dengan hari lain, Insya'ALLAH. Selasa. Mereka yang mengalami migrain akan merasa kelegaan setiap hari Selasa. Thalamus berperanan menjaga kasih sayang dan penghayatan. Hari ini ialah hari yang paling sesuai untuk beremosi, meluahkan perasaan kasih sayang kepada pasangan masing-masing. Ini juga adalah hari yang sesuai untuk mengembara atau bermusafir ke destinasi yang jauh kerana masalah tersesat atau keletihan ketika sedang mengembara diimbangi dengan tahap penghayatan yang tinggi pada hari ini. Dengan berpakaian warna Ungu, kuasa pujukan terhadap anak atau pelajar yang degil bertambah kuat. Begitu juga pujukan terhadap pesakit atau orang yang ingin membunuh diri. Elakkan memakai pakaian merah untuk memujuk mereka kerana mereka akan menentangnya dengan serta-merta dan akan meneruskan hasratnya untuk melawan atau membunuh diri dengan sekelip mata. Adalah disarankan agar anggota bomba & pasukan penyelamat perlu menukar pakaian ke warna Ungu sebelum memujuk orang yang mahu membunuh diri. Rawatan yang sesuai dijalankan pada hari Selasa ialah migrain, Attention-Deficit / Hyperactivity Disorder ADHD (kanak-kanak bermasalah / aktif yang berlebihan) atau yang berkaitan dengan bahagian otak Thalam. Rabu. Warna Biru ialah warna perangsang kelenjar Tyroid. Biru ialah warna yang menjadikan gelombang dalam bentuk bunyi lebih resonan. Pada hari Rabu didapati kicauan burung lebih merdu (resonan dan bermomentum, tidak terputus-putus garisan gelombangnya). Pada hari Rabu, didapati paras hormon thyroxine yang dirembeskan oleh Kelenjar Tyroid berada pada tahap optimum. Paras thyroxine yang optimum menjadikan segala yang dihasratkan oleh hati dapat diluahkan dengan berkesan melalui kata-kata. Oleh itu, hari Rabu ialah hari yang paling sesuai untuk berucap, berkata-kata, berhujah, bersidang, bermesyuarat, berpidato dan sebagainya. Berbanding dengan hari yang lain, penyakit yang berkaitan dengan Tyroid seperi goiter (beguk), tonsel, penyakit kerongkong dan sebagainya akan mudah pulih sekiranya mula dirawat pada hari Rabu. Khamis. Warna Kuning ialah warna rangsangan sistem penghadaman dan warna Oren ialah warna kesuburan, hormon dan sistem reproduksi. Kemuncak warna Kuning ialah pada sepanjang waktu siang hari. Pada hari ini dinasihatkan agar kita tidak makan terlalu banyak pada waktu siang untuk memberi peluang sistem penghadaman menjalankan fungsi dengan sepenuhnya (barangkali ini antara salah satu asbab+hikmah, kita yakni umat Muhammad, digalakkan Berpuasa Sunat pada setiap hari Isnin & KHAMIS). Sistem penghadaman yang amat bertenaga pada hari ini sesuai untuk menghadamkan segala sisa makanan di dalam tubuh untuk menjadi zat dan tenaga yang amat diperlukan. Pada hari Khamis, asid folik yang amat sukar dihasilkan pada hari biasa didapati dapat dihasilkan dengan banyak dalam tubuh. Bagi mereka yang berdiet pada hari Khamis, didapati kandungan urik asid, lemak dan protein dipecahkan dan ditukar menjadi tenaga dalam kuantiti yang banyak. Warna Oren merangsang sistem kesuburan lelaki dan wanita. Oleh itu, hari Khamis ialah hari yang terbaik untuk merancang zuriat yang sihat. Pada hari Khamis, penyakit yang berkaitan dengan sistem penghadaman dan sistem reproduksi mudah dirawat dan mencapai tahap penyembuhan yang pantas berbanding apabila ia dirawat pada hari yang lain. Jumaat. Hijau ialah tahap vibration yang menyamai tenaga yang merangsang fungsi Jantung dan Paru-Paru. Pada hari Jumaat, didapati aktiviti klorofil sangat aktif dan membebaskan oksigen pada tahap yang paling maksimum. Kemuncak aktiviti klorofil berlaku pada waktu tengah hari iaitu sejam setelah matahari tergelincir ke barat (sejam setelah Solat Jumaat). Hari Jumaat ialah hari yang sesuai untuk menjalankan senaman pernafasan, bersenam dan beriadah di taman-taman bunga. Senaman pernafasan yang dijalankan pada hari Jumaat akan memberi kesan yang menakjubkan berbanding pada hari-hari yang lain. Biasanya pada hari-hari yang lain kita akan merasa lemas apabila berada dalam himpunan orang ramai. Tetapi amat menghairankan kerana ketika di dalam masjid pada waktu Solat Jumaat didapati kita tidak merasa lemas atau rimas walaupun saling berhimpit-himpit dengan kesesakan. Hari Jumaat ialah hari yang paling sesuai untuk menjalankan rawatan berkenaan penyakit kardiovaskular (Jantung) dan respirasi (Paru-Paru) kerana paras oksigen dalam atmosfera berada pada tahap yang tertinggi pada hari ini. Sabtu. Merah ialah warna yang menyamai vibration bahagian Usus, Otot, Darah, Tulang dan Saraf. Organ yang berwarna Merah ini banyak menjalankan aktiviti fizikal tubuh. Hari Sabtu ialah hari yang paling sesuai untuk keluar bersosial, berjumpa rakan-rakan dan saudara-mara di samping menjalankan pelbagai aktiviti seperti bersukan, menjalankan aktiviti lasak dan sebagainya. Bagi mereka yang mengalami penyakit yang berkaitan dengan Usus, Darah, Otot, Tulang dan Saraf, amat sesuai memulakan rawatan pada hari Sabtu. Memulakan rawatan bagi penyakit yang berkaitan dengan organ berwarna Merah ini pada hari yang lain selain Sabtu biasanya akan memberi implikasi kesan pembongkaran di mana pesakit akan merasai kesakitan dalam proses penyembuhan, berbanding jika dimulakan sesi rawatan pada hari Sabtu (kesakitan yang dirasai jauh lebih ringan). Ahad. Tenaga spektrum pada hari Ahad adalah menyamai pada hari Isnin. Perbezaannya ialah pergerakan zarah pada hari Ahad didapati lebih tertumpu kepada sesuatu kawasan berbanding dengan semua hari yang lain di mana pergerakan zarah adalah rawak. Pergerakan zarah dalam atmosfera amat pelik kerana menyamai keadaan zarah dalam air. Gabungan semua warna dalam udara akan membentuk warna putih, tetapi gabungan semua warna dalam air akan membentuk warna kegelapan atau hitam. Hari Ahad adalah gabungan semua warna dalam keadaan zarah yang menyamai sifat air. Gabungan semua warna akan mempertenagakan seluruh tubuh, tetapi kewujudannya dalam keadaan zarah yang hanya bergerak dalam kawasan setempat menjadikan tenaga ini separa matang (magnitud) dan masih belum mampu mempertenagakan mana-mana (keseluruhan) bahagian tubuh. Oleh itu, hari Ahad ialah hari yang sesuai untuk beristirehat. Sebaik-baiknya bercutilah pada hari Ahad. Hari rehat ini ialah hari terbaik untuk bersama keluarga tercinta. Menjalankan sebarang aktiviti terutamanya aktiviti lasak hanya akan mendatangkan kemudharatan terhadap tubuh. Memandangkan hari Ahad mempunyai penyelerakan zarah yang tidak stabil (tidak menentu), pakaian berwarna Hitam pada hari Ahad adalah paling sesuai untuk mengelakkan diri daripada terdedah kepada golombang asing yang boleh memudharatkan. Para Pengamal Seni Pertahanan Diri (lazimnya Seni Persilatan) yang mengenakan tali pinggang Hitam dan pakaian Hitam akan merasa bebas dari kongkongan atau pengaruh gangguan tenaga asing. Defisini Resonan Warna Hari. Resonan bermaksud "Match" sepasang, mematuhi Hukum Keseimbangan atau sealiran dan serasi. Sesuatu yang dijalankan ketika resonan menjadikan hasil kerja tersebut berjalan lancar dan mendatangkan hasil yang banyak. Setiap hari terdapat sesuatu warna yang resonan dengannya. Oleh itu, segala aktiviti yang dijalankan hendaklah diresonankan dengan warna yang dominan pada hari yang tertentu itu. Kaedah terbaik untuk mendapatkan resonan hari ialah dengan mengenakan pakaian yang sama dengan getaran warna yang mendominasi pada hari tersebut. Hari Isnin sebaiknya berpakaian warna Putih. Hari Selasa sebaiknya berpakaian warna Ungu atau Pink. Hari Rabu sebaiknya berpakaian warna Biru. Hari Khamis sebaiknya berpakaian warna Kuning atau Oren. Hari Jumaat sebaiknya berpakaian warna Hijau. Hari Sabtu sebaiknya berpakaian warna Merah. Hari Ahad sebaiknya berpakaian warna Hitam. Pakaian tidak semestinya perlu pada satu warna sahaja. Boleh dikenakan pelbagai warna mengikut citarasa sendiri, tetapi dominankan warna yang resonan pada setiap hari tersebut. Bagi kaum wanita, tudung yang menyamai warna hari juga telah memadai. Begitu juga lelaki, warna baju sahaja yang menyamai warna hari juga telah memadai.

Wednesday, July 31, 2013

GELATIN

Penggunaan ramuan gelatin yang diragui status halalnya baik dalam industri makanan, farmaseutikal mahupun kosmetik menjadikan pengguna di negara ini lebih berhati-hati dalam memilih produk. Ironinya, semakin tinggi kesedaran pengguna tentang isu ini, semakin banyak produk yang dikenal pasti mempunyai unsur haram dalam pasaran. “Isu penggunaan gelatin babi dalam kebanyakan produk bukan sahaja memberi kesan kepada orang Islam, malah turut mendapat perhatian daripada penganut agama lain, sama ada mereka yang mengamalkan pemakanan berasaskan sayur-sayuran atau vegetarian mahupun pengeluar produk itu sendiri. Mengenali gelatin, ia merupakan ramuan penting yang banyak digunakan dalam pembuatan makanan seperti kek, biskut, sos, dan ayam goreng. Selain penting dalam pengeluaran makanan, ia turut menjadi bahan utama dalam pembuatan sarung kapsul ubat-ubatan. Gelatin ialah protein yang dihasilkan daripada kulit, sendi dan tulang haiwan seperti babi, lembu dan kerbau. Gelatin berfungsi sebagai penggebu pastri serta penstabil, pemekat, pengawet dan pengilat makanan, keunikan fungsi gelatin menyebabkan ia tidak dapat ditandingi oleh bahan lain di dunia. Gelatin adalah salah satu anugerah Tuhan kepada manusia. Dengan gelatin, pelbagai perkara dapat diselesaikan. Ia menjadi pelengkap dalam pelbagai industri, contohnya industri makanan. Di Eropah, ia telah digunakan secara meluas sejak beratus tahun dahulu sebagai penebal, pelekat, pengemulsi, agen pembuih, penahan lembapan, pembaik tekstur dan ejen pengikat yang menjadikan sesuatu makanan kelihatan lebih baik. Kerana fungsinya itu, sesetengah produk mungkin tidak dapat dihasilkan tanpa menggunakan gelatin. Antara makanan harian yang berkemungkinan mengandungi gelatin ini seperti: -Gula-gula getah -Gula-gula Toffee -Jelly -Dessert segera (Hanya cairkan guna air panas) -Yoghurt (Sekarang dah banyak gunakan Kanji terubahsuai berasal dari tumbuhan) -Produk kosmetik & farmaseutikal serta makanan tambahan seperti minyak ikan dan minyak bawang putih dalam bentuk kapsul lembut. Pada November 2009, satu penyelidikan usaha sama antara Universiti Sains Malaysia (USM) dan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Gam Lay Harn mendapati, 30 peratus daripada 100 sarung kapsul ubat yang diuji mengandungi gelatin daripada babi ataupun campuran gelatin lembu dan babi. Gelatin daripada babi lebih meluas digunakan kerana ia lebih murah berbanding gelatin lembu. Sungguhpun begitu, keadaan ini tidak menggambarkan keseluruhan pasaran gelatin kapsul di Malaysia kerana ada pengeluar yang bertindak menukar sumber gelatin daripada babi kepada lembu. Bagaimanapun, pengeluaran gelatin berasaskan haiwan halal amat terhad malah jika ia diproses di luar negara pun, jumlahnya tidak mencukupi. Mulai sekarang pesan kepada sahabat-sahabat dan anak-anak kita supaya lebih berhati-hati jika ingin membeli makanan sedemikian. Pastikan baca label dahulu sebelum membelinya dan yang paling penting adalah pastikan berstatus halal baru beli! -sumber : halalgenius.com

Saturday, May 18, 2013

KURSUS ETIKET & PROTOKOL BAGI PENSYARAH KOLEJ KOMUNITI SELANDAR

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Pada hari Khamis yang lepas, Penulis mendapat peluang untuk menjadi penceramah bagi pensyarah kolej komuniti selandar melaka bagi mengendalikan kursus etiket dan protokol jamuan....pada mulanya terasa agak gementar dan tidak confident untuk menerima tawaran itu, tetapi bila memikirkan tentang pengalaman...penulis menguatkan semangat dan memberanikan diri untuk menerima tawaran berkenaan... Kursus berkaitan dengan protokol dan etiket menghadiri majlis makan formal...dan tatacara berpakaian bila menghadiri majlis jamuan makan itu dihadiri seramai 45 orang pensyarah dari pelbagai bidang dari Kolej Komuniti Selandar, Melaka.....

Wednesday, May 8, 2013

Alkohol Dalam Makanan, Minuman, Pewangi Dan Ubat-Ubatan

Berdasarkan taklimat, pembentangan dan penjelasan yang disampaikan oleh pakar-pakar daripada Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia serta dengan mengambilkira keputusan-keputusan yang telah diputuskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia terdahulu, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang membincangkan isu alkohol dalam makanan, minuman, pewangi dan ubat-ubatan pada 14 hingga 16 Julai 2011 telah bersetuju memutuskan seperti berikut: Setiap minuman arak adalah mengandungi alkohol. Walaubagaimanapun bukan semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang diperolehi dari proses pembuatan arak, hukumnya haram dan najis. Manakala alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuk aslinya kerana ia adalah racun dan boleh membunuh. Minuman ringan yang diproses/dibuat bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan mempunyai alkohol di bawah aras 1%v/v adalah harus (boleh) diminum. Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum. Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semulajadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya, atau alkohol yang terkandung itu terjadi secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis dan harus (boleh ) dimakan/diminum. Makanan atau minuman yang mengandungi bahan perisa atau pewarna yang mengandungi alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak dan kuantiti alkohol dalam produk akhir itu adalah tidak memabukkan dan kadar alkohol tidak melebihi 0.5%. Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan arak.

Wednesday, May 1, 2013

KETAM BATU BINATANG 2 ALAM?

HAIWAN DUA ALAM (AMFIBIA): Tidak terdapat sebarag dalil yg jelas dan khusus mengatakan binatang 2 alam itu haram di makan. Persoalannya, bagaimana pula hukum ini boleh keluar apatah lagi ia merupakan qaul yg masyhur dalam mazhab syafi’I sepertimana dinukilkan oleh kitab2 an-Nawawi; Imam Rafi’iy dan al-Ghazali. Pendapat ini juga dipegang oleh mazhab Hambali. Mereka yg mengatakan binatang 2 alam ni haram di makan berdasarkan hadis berikut: Dr Abdur Rahman ibn Utsman menerangkan, “Dihadapan Rasulullah saw seorang tabib memperagakan semacam ubat dan dia menyebutkan tentang hal katak yg dimasukkan ke dalam ubat itu. Rasulullah saw melarang kita membunuh katak itu.”[HR Ahmad, Abu Daud dan An-Nasa’I] Hukum ke atas katak ini, kemudian diqiaskan kpd haiwan lain yg hidup sepertimana katak – (Ketam Batu adalah antaranya). HIDUPAN LAUT: Sabdanya lagi, “Airnya,(iaitu laut) menyucikan dan halal bangkainya.” Hadis di atas merujuk kpd hidupan laut. Adapun binatang 2 alam ini tidak termasuk dalam keterangan di atas kerana mereka juga hidup di darat. Maka berdasarkan firman allah di bawah, mereka membuat kesimpulan bahawa 2 alam itu haram di makan. “Diharamkan bagimu (memakan) bangkai,…..”[5:3] Di samping itu terdapat juga beberapa hadis yg menjelaskan ayat di atas iaitu: Rasulullah saw bersabda, “Dihalalkan utk kita 2 jenis bangkai dan dua jenis darah; ikan dan belalang, hati dan limpa.” Ulama’ mengqiaskan ikan itu kpd segala jenis hidupan laut yg hanya tinggal di dalam laut/air. Oleh itu, binatang 2 alam tidak termasuk. ASAL SETIAP SESUATU ADALAH HARUS DIMAKAN : Bahawa asal setiap sesuatu ciptaan Allah adalah harus. Ia tidak diharamkan melainkan jika ada nash yang sahih lagi sharih (jelas/tegas) dari syari’ yang mengharamkannya. Jika di sana tidak ada nash yang sahih – seperti ada nash tetapi dengan hadis dha’if – atau nash berkenaan sahih tetapi tidak sharih dalam menunjukkan keharamannya, maka hal ini akan kekal atas sifat asalnya sebagai hal yang diharuskan. Daripada Abi Darda’, Rasulullah saw bersabda, “Apa yang Allah halalkan di dalam KitabNya, maka ia adalah halal. Dan, apa yang Allah haramkan, maka ia adalah haram. Manakala apa yang didiamkan olehNya, maka ia adalah dimaafkan. Oleh itu, terimalah kemaafan dari Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan lupa sedikitpun.” Kemudian Rasulullah s.a.w. membaca ayat: “Dan Tuhanmu tidak pelupa.”(Maryam: 64) (HR Al-Hakim, dan dia mensahihkannya dan dikeluarkan oleh al-Bazzar, dia berkata: Sanad yang baik). Maka, berdasarkan dalil yg dipakai oleh mereka yg mengatakan binatang 2 alam itu haram, kita dapati tidak terdapat satupun yg khusus menunjukkan ke arah keharamannya. Dalil yg paling hampir ialah mengenai katak. Ttp berdasarkan kaedah yg telah diutarakan, kalau kita menerima hadis ini menunjukkan keharaman, keharaman itu hanyalah ditujukan kepada katak. Mengqiaskannya kpd semua yg hidup 2 alam itu tidak tepat. Sekiranya kita menerima pendapat haramnya binatang 2 alam, mengapa pula kita boleh memakan ketam/kerang yg pada biasanya dijual di pasar2 dalam keadaan hidup. Bukankah itu membutikan binatang ini mampu hidup di atas darat? YANG JIJIK DAN KOTOR : Islam juga ada menggariskan satu lagi kaedah dalam mengenal pasti halal atau haramnya sesuatu binatang itu, iaitu berdasarkan kpd firman Allah swt: “Hai manusia! Makanlah dari apa-apa yang ada di bumi ini yang halal dan baik, dan jangan kamu mengikuti jejak syaitan karena sesungguhnya syaitan itu musuh yang terang-terangan bagi kamu.” (al-Baqarah: 168) “Katakanlah! Aku tidak menemukan tentang sesuatu yang telah diwahyukan kepadaku soal makanan yang diharamkan untuk dimakan, melainkan bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi; karena sesungguhnya dia itu kotor (rijs), atau binatang yang disembelih bukan karena Allah. Maka barangsiapa yang dalam keadaan terpaksa dengan tidak sengaja dan tidak melewati batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun dan Maha Belas-kasih.” (al-An’am: 145) Dari ayat di atas, illat kpd keharaman bangkai, darah yg megalir, babi adalah kotor. Berdasarkan illat ini, kita boleh mengqiaskannya kpd apa2 binatang yg mempunyai illat yg sama dgnnya iaitu kotor. Sebagai cth, sekiranya kita melihat sesuatu binatang itu sememangnya kotor dari segi gaya hidup dan seumpamanya, maka ia menjadi haram. Walaupun begitu, kita perlu ingat, kadang2 uruf dari satu tempat ke satu yg lain itu berlainan. Mungkin pada masyarakat m’sia, binatang itu menjijikkan, ttp pada masyarakat di negara lain tidak pula. KETAM DALAM KATEGORI AMFIBIA,REPTILIA ATA CRUSTASIA? KETAM NIPAH: Ketam nipah bukan daripada jenis reptilia dan amfibia, tetapi ia adalah dari jenis crustasia iaitu sama golongan dengan udang dan kerang. Keseluruhan edaran hidupnya adalah di dalam air dan mempunyai sistem pernafasan melalui insang dan bukan paru-paru. Ia bernafas menggunakan oksigen dalam air sebagai pelarut. Oleh itu dari segi hukum ketam nipah ialah binatang yang boleh dimakan. KETAM BATU: Ketam batu boleh hidup lama di darat adakah ia bukan crustasia? Tidak timbul sama ada ketam batu ini crustasia atau amfibia, tetapi lebih kepada uruf dan illat kotor dan jijik berdasarkan hukum memakan katak. KESIMPULANNYA: Ketam batu adalah haram kerana : 1. Ketam batu hidup di darat dan diair (dua alam) -walaupun bukan dari kategori amfibia. Ketam batu boleh hidup di darat berbulan-bulan. 2. Ketam batu dikatakan beracun 3. Ketam batu tiada kaki berbentuk pendayung yang menunjukkannya boleh hidup lama dia air 4. Uruf masyarakat di negara kita mengatakan ketam batu adalah kotor & jijik.

Thursday, April 25, 2013

ULASAN BUKU "HALALKAH UBAT ANDA"

Assalamualaikum..... setelah sekian lama menyepi, penulis berasa ingin memulakan semula, penulisan blog yang sekian lama ditinggalkan kerana kesibukkan kerja.....disini penulis ingin berkongsi dengan blogger sekalian berkenaan sebuah buku yang bertajuk "HALALKAH UBAT ANDA" hasil tulisan saudara Abd Rahman Baco. Penulis amat berterima kasih kepada beliau kerana atas usaha dan semangat beliau dalam memperjuangkan isu halal di malaysia terutamanya didalam bidang ubat-ubatan....ikutilah ringkasan/ulasan berkenaan buku beliau ini *Dipetik daripada buku “Halalkah Ubat Anda?” Bab 10 Mengharamkan Yang Halal dan Penyebaran Fitnah. Buku ini mendedahkan lebih 90 Jenis Ubat-ubatan yang menggunakan sumber khinzir dan pilihan-pilihan alternatif yang ada selain memuatkan pandangan-pandangan ulama dan fatwa-fatwa perubatan terkini. Penjelasan mengenai KOD E : Halal atau Haram ? Kadang kala, apabila kita membelek untuk melihat isi kandungan sesuatu produk, kita sering terserempak dengan kod-kod pelik yang biasanya dimulakan dengan E seperti E471, E152, E280, E635 dan macam2 lagi. Semestinya pernah terlintas di fikiran untuk mengetahui apa sebenarnya maksud kod-kod ini. Maklumlah, terdapat banyak benda yang tidak diketahui dan kadang-kala diragui. Kod-kod tersebut yang bermula dengan E yang ditambah dalam makanan dikenali sebagai Kod E atau E Numbers. Kod-kod E adalah kod nombor untuk bahan tambahan atau aditif makanan(food additives) yang telah diuji penggunaannya untuk digunakan di Kesatuan Eropah(European Union). E di hadapan kod tersebut diambil dari huruf pertama European iaitu E. Kod E merupakan tambahan makanan yang digunakan sebagai perasa, pewarna, pengawet, bahan pengental dan sebagainya. Kod-kod E boleh dibuat daripada tumbuhan atau haiwan, bergantung kepada jenis Kod E. Ada yang boleh dibuat daripada mana-mana sumber iaitu tumbuhan sahaja atau haiwan sahaja. Adakah ia halal? Masalah timbul apabila Kod E dibuat daripada haiwan. Kod E adalah halal jika sumber haiwan itu bukan dari sumber yang haram seperti khinzir, anjing atau haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum syarak. Keraguan terhadap Kod E meningkat dengan tersebarnya khabar angin bahawa sesetengah Kod E dibuat daripada sumber tidak halal. Terdapat banyak produk-produk di pasaran yang menggunakan kod-kod E ini dan antara yang popular adalah aiskrim dan chocolate. Banyak pula produk-produk yang menggunakan kod E yang dikatakan haram tetapi mendapat pengiktirafan JAKIM. Jadi, bagaimana sekarang? Adakah JAKIM terlepas pandang? Semestinya JAKIM tidak terlepas pandang. JAKIM diurus oleh ramai orang yang juga pengguna muslim dan mereka juga semestinya mahu menggunakan yang halal. Jadi, proses pengeluaran pengiktirafaan sijil halal adalah sangat teliti. Antara langkah-langkah memohon sijil halal ialah menyenaraikan semua bahan mentah produk. Jadi di sini, JAKIM boleh memastikan sumber Kod E tersebut. Salah satu contoh ialah Kod E yang paling popular iaitu E471. E471 ialah sejenis emulsifier yang merupakan asid lemak mono dan digliserida. Asid lemak sintetik ini dibuat daripada gliserol dan asid lemak semulajadi daripada sumber tumbuhan atau haiwan. Produk yang mempunyai E471 dan mendapat pengiktirafan halal JAKIM bererti E471 itu dibuat dari sumber tumbuhan atau haiwan(disembelih) yang halal. Justeru itu, produk tersebut adalah halal dan selamat untuk dimakan. Lebih banyak maklumat boleh didapati tentang Kod E. Antaranya ialah: http://en.wikipedia.org/wiki/E_number http://en.wikipedia.org/wiki/E471 Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik-baik yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu. Sumber : Abd Rahman Baco Penulis & Penerbit.

Saturday, October 20, 2012

My Qalam Quran Pen Reader

Quran Pen Digital My Qalam Word By Word Read Word By Word Point the Pen on Ayah/Surah/Word of your choice Complete Holy Qur'an in voices of 18 famous Reciters Beautifull printed Holy Quran (Othmanic Style). Option to store Qari/Reciter Audio, Dua, Adhan, Nasheed (File format: MP3) Beautiful Pen with beautiful Gift Packing Internal Li-Ion Chargable Battery 7 Qari Recitation 28 Quran Translations 7 Tafsir Books 23 Islamic Books 9 Font styles Qibla Direction of worldwide cities Prayer Time with Adhan Alarm RM 300 (FREE POSTAGE) CALL FAHMI 0196515135 untuk menempah

Tuesday, May 1, 2012

Khall - Dates Cider RM 45(postage not included)

About Khall - Dates Cider Khall Dates Cider nrbashirah adalah satu formulasi yang istimewa, berkhasiat dan sungguh sedap dinikmati. Dengan kombinasi pemakanan sunnah seperti khal (cuka kurma), kismis, habbatussauda, dan madu diperkayakan dengan minyak kelapa dara menjadikan Khall Dates Cider begitu baik untuk membantu pelbagai masalah kesihatan. Manfaat Mengamalkan Khall Dates Cider : Memotong/menyahkan kolestrol Jahat (LDL) Nyahtoksik (Detox) Menyucikan Usus Menghasilkan Bakteria Baik Membantu dan Mempercepatkan Sistem Penyerapan Menghalang Terhasilnya Radikal Bebas Meningkatkan Daya Tahan Tubuh Menjana Tenaga Segera/Energy Booster Kandungan : Kismis, Khal(cuka kurma), Glukosa, Habbatussauda’, Madu dan Minyak Kelapa Dara Diperkaya dengan : Ekstrak Kurma (kaya Protein, Kalsium, Zat Besi, Potassium, Flavanoid, Phuspate) Ekstrak Habatus Sauda’ (kaya Sterol, Thymohydroquinone, Carvone, Limonine, Cymene, Alkaloids, Saponin) Ekstrak kismis (kaya Boron, Flavanoid, Vitamin D, Estrogen) Indikasi : Minuman kesihatan tambahan istimewa untuk semua Cara Penggunaan : 1 sachet setiap pengambilan (sebelum sarapan/makan malam) Mulakan dengan Bismillah Selawat 3x (Tiga Kali) Berdoa dan berserah kepada Allah s.w.t agar dimakbulkan apa yang dihayati Perhatian : TIDAK SESUAI UNTUK IBU MENGANDUNG Saranan : Bagi mereka yang menghidap Gastrik amalkan selepas makan serta perbanyakkan minum air kosong Cara Simpan : Simpan di tempat kering dan elakkan dari terdedah kepada cahaya matahari

Friday, April 13, 2012

Muhammad bukan Nasionalis Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat R


RM 25 (tidak termasuk postage)


CALL/SMS FAHMIE 0196515135

Perubatan Cara Nabi (Hard Cover) Dr Muhammad Bin Abdullah


RM 26 (tidak termasuk postage)


CALL/SMS fahmie 0196515135

Ledakan Facebook Antara Pahala dan Dosa Zaharuddin Abd Rahman


RM 18.00(tidak termasuk postage)

call/SMS= fahmie 0196515135

Sunday, April 8, 2012

ALBUM TERBAHARU MAHER ZAIN

Album: Forgive Me (2012)





Ringkasan Mengenai Album: Setelah berjaya dengan album pertamanya, "Thank You Allah" (2009), Maher Zain kini mempertaruhkan album terbaru beliau “Forgive Me”. Dengan alunan suara yang mantap lagi bertenaga, Maher Zain kini kembali dengan lagu-lagu baru yang lebih mantap serta lirik yang menyentuh hati.

Alunan suara Maher Zain tidak akan menghampakan peminatnya malah, para pendengar akan terpukau dengan mesej ketuhanan yang disampaikan begitu harmoni menusuk kalbu.

Album yang mengandungi 14 track lagu ini dijual pada harga RM29.90.





Kandungan album:

01. I Love You So

02. Number One For Me

03. Mawlaya

04. My Little Girl feat. Aya Zain

05. Forgive Me

06. One Big Family

07. Assalamu Alayka

08. Paradise

09. Masha Allah

10. Radhitu Billahi Rabba

11. Freedom

12. So Soon

13. Muhammad (pbuh)

14. Guide Me All the Way

15. Ku MilikMu (Arabic Version - Bonus Track)

16. Tuntunku KepadaMu (Arabic Version - Bonus Track)

17. Mawlaya (Arabic Version - Bonus Track)

18. Assalamu Alayka [Arabic Version]

19. Radhitu Billahi Rabba [Arabic Version]

Mari memahami Al-Quran dalam 60 jam

“Tiada Hafalan, Tiada Kerja Rumah, Tiada Banyak Menulis”

Melalui Kaedah DVD Pendidikan Bahasa Arab Al-Furqan





“Alhamdulillah, kami panjatkan syukur ke hadrat Illahi kerana memberikan kami peluang dan ruang untuk menyiapkan DVD sebagai salah satu usaha kami untuk memperbanyakkan lagi umat Islam yang dapat memahami Al-Quran dan menikmati keindahan Al-Quran.”

“InsyaAllah, anda TIDAK PERLU MENGHAFAL, TIADA KERJA RUMAH dan boleh memahami bahasa Al-Quran dalam tempoh 60 jam.” Itu kata pihak penerbit, Pendidikan Bahasa Arab Al-Furqan.

Mengenali tenaga pengajar yang terlibat di dalam DVD ini, beliau merupakan pengasas Pendidikan Bahasa Arab Al-Furqan. iaitu Ustaz Haji Nasaruddin Hasim. Beliau merupakan penyambung usaha yang telah dimulakan oleh perintis bahasa arab harfiah yang terdahulu.

Ustaz Nasaruddin Hasim adalah pengajar Bahasa Arab tetap di radio IKIM.fm yang bersiaran secara langsung pada stiap hari Rabu, jam 9.15 malam.

DVD yang mengandungi animasi ini adalah hasil daripada sistem yang dipermudahkan bagi khalayak ramai untuk memahami al-quran. Ianya juga telah mengubah persepsi masyarakat yang fobia dengan stigma yang mengatakan Bahasa Arab susah untuk dipelajari.

Marilah kita ikuti siri ini untuk meningkatkan pemahaman kita mengenai kitab terulung, Al-Quran, insyaAllah. Di dalam Set 1 ini, terkandung 10 keping DVD untuk pembelajaran tuan-tuan dan puan- puan. Disertakan juga Diagram Al-Furqan untuk memudahkan pembelajaran.

Harga bagi Set 1 ini hanya RM190 untuk 10 DVD