Sunday, May 11, 2014
KOPI NANDUK / NANDUK GOLD / NANDUK BOOSTER
Kini Kopi Nanduk BOOSTER diformulakan menggunakan gabungan beberapa herba semulajadi yang terbukti berkesan untuk meningkatkan daya keinginan hubungan intim antara suami & isteri.
Kelebihan KOPI NANDUK BOOSTER
Mengandungi herba & vitamin tambahan yang berfungsi untuk membantu melancarkan pengaliran darah serta menguatkan otot.
Mengandungi herba pemangkin yang berfungsi membantu mempercepatkan penyerapan segala khasiat & vitamin ke dalam sistem tubuh badan.
Membantu dan meningkatkan daya keinginan (libido) hubungan intim antara suami & isteri, menambahkan testeron serta lain-lain unsur yang diperlukan oleh tubuh badan bagi mencapai tahap yang
optimum (Normal).
RM 40 \ 15 ucang \ 15gm
KOPI NANDUK / NANDUK GOLD / NANDUK BOOSTER
Kopi Nanduk adalah minuman berkhasiat yang dirumus khas dengan gabungan beberapa herba hebat yang kaya dengan khasiat dan tenaga. Ianya membantu melancarkan peredaran darah dan meningkatkan stamina. Malah ia juga mampu menguatkan otot badan anda. Dengan rasa hebat aroma kopi, tanpa kesan sampingan kopi biasa, pastinya akan menceriakan hidup anda. Kini dengan gabungan herba terbaru, Rancang Tembaga dan Ubi Jaga Gunung, mampu meningkatkan tahap kesihatan anda ke paras optima.
RM 20 / 2pek / 20gm
Thursday, May 8, 2014
Penyelesaian Masalah Resdung Dengan Set Resdung Bioasli (RM 80)
Aromaterapi berfungsi pada asasnya melalui deria bau. Umum memaklumi bahawa menghidu adalah kaedah terbaik bagi mendapatkan kesan maksima manfaat dari 'essential oil' dalam pengubatan aromaterapi ini. Ini mudah dilakukan samada dengan tisu yang telah dibasahkan dengan 'essential oil', pengewapan dari besin air panas atau kabus dari 'burner' atau 'diffuser'.
Bila seseorang menghidu wangian, molekul 'essential oil' akan menyebabkan isyarat (impulses) akan dihantar ke otak, yang mana otak kemudian akan bertindak balas yang boleh memberi kesan ke berbagai bahagian tubuh. 'Limbic system' dibahagian otak akan terangsang melalui 'olfactory system' dan ia akan menimbulkan kesan tertentu pada memori dan emosi. Manakala sesetengah 'essential oil' memberikan kesan reaksi psikologi yang ketara pada seseorang.
Penggunaan yang berterusan akan membantu menguatkan sistem imuniti tubuh, menghindari jangkitan dan penyakit. Secara mudah 'essential oil' mempunyai dua kelebihan :-
Ia mampu memusnahkan bakteria yang sudah berada di dalam tubuh.
Ia boleh merangsang sel dan organ, sehingga ia bersedia, lebih efisien dan bersedia mengatasi serangan bakteria.
Aromaterapi adalah sejenis perubatan atau pencegahan alternatif yang menggunakan bahan volatil tumbuh-tumbuhan atau hasil sulingan ekstrak tumbuh-tumbuhan asli yang beraroma, dikenali sebagai 'essential oils' atau 'therapeutic oil' dan sebatian aromatik lain untuk merubah mood seseorang, fungsi kognitif atau merangsang kesihatan, keseimbangan dan kesejahteraan manusia.
Walaupun keberkesanan aromaterapi perlu pembuktian secara saintifik, tetapi telah ada bukti bahawa 'essential oil' memiliki potensi therapeutik yang hebat. Dua asas utama mekanisma tentang keberkesanannya adalah, pertama pengaruh aroma terhadap otak, terutamanya 'limbic system' melalui 'olfactory system'. Kedua adalah kesan terus farmakologi 'essential oils' berkenaan.
Rumusan 'essential oil ' yang digunakan dalam aroma terapi adalah benar-benar bersifat holistik, yang mana ia sangat berkesan serta memberikan tindakbalas positif terhadap minda, tubuh dan jiwa seseorang. Juga didapati sebahagian kajian klinikal aromaterapi apabila digabungkan dengan teknik-teknik perawatan lainnya, menunjukkan kesan yang sangat memberangsangkan.
Sejarah mencatitkan bahawa penggunaan 'essential oil' ini bermula ribuan tahun dahulu dan ini terbukti dengan penemuan penggunaannya di dalam tempat persemadian Tutankhamun, di Mesir. Juga digunakan sejak 2700 tahun sebelum masihi dan ia tercatit dalam "The Classic Yellow Emperor's Book of Internal Medicine, China, bagi merawat masalah selsema, haid dan cirit-birit. Demikian juga tercatit dalam "The Vedic Literature of India, the Reg Veda". Ia kemudian diperkenalkan dalam bidang perubatan dan 'essential oilnya dihasilkan secara kaedah penyulingan oleh ilmuan agung Islam, Ibnu Sina sekitar tahun 980.
Kaedah penggunaan aromaterapi adalah meliputi :-
Sebaran Udara : untuk memberi aroma pada persekitaran atau tujuan disinfeksi.
Hiduan Terus : untuk disinfeksi, melegakan saluran pernafasan, pencairan kahak dan kesan psikologi.
Aplikasi khusus : untuk urutan, mandian dan penjagaan kulit terapeutik.
Nota : Untuk rawatan, amalkannya 2 kali sehari. Setiap pagi & malam
Khasiat Dan Penggunaan
(Habbatus Sauda, Kulit Kayu Manis & Minyak Kelapa Dara)
Aromaterapi Bio-Rest BioAsli adalah gabungan herba terpilih terbaik dunia, dirumus dari habbatus sauda, herba hebat, yang pernah disebut oleh Junjungan Besar Rasulullah S.A.W, yang dapat dibuktikan mujarab dalam kajian sains moden, minyak kelapa dara yang dirumus dari pohon kelapa (sejenis palma, palma juga pernah disebut oleh Rasulullah bila sahabat meminta penjelasan kepada Baginda berkaitan pohon yang disebut oleh Allah dalam Al-Qur'an, Surah Ibrahim, ayat 24) dan ekstrak kulit kayu manis herba klasik yang dikatakan tercatat dalam buku perubatan herba China sejak 2700 tahun sebelum masihi yang digunakan untuk rawatan berbagai jenis penyakit seperti cirit-birit, selsema dan masalah haid, untuk mengubati penyakit kembung, berupaya meningkatkan imuniti di dalam badan. Selain itu, ia juga boleh meningkatkan perlindungan terhadap penyakit kanser dan mengurangkan toksik penghidap kanser. Hasil kajian baru, menunjukkan ia boleh mengubati penyakit Sindrom Kekurangan Daya Ketahanan Penyakit (AIDS) dan kolesterol. Pengamal-pengamal perubatan herba memperakui kulit kayu manis mampu bertindak memanas dan mengering, lantaran itu ia baik diamalkan untuk merawat selsema, melancarkan peredaran darah, penghadaman makanan, membuang angin, mengatasi masalah loya tekak dan juga masalah berhingus.
Bahan-bahan
Minyak Habbatus Sauda, Cinnamomum Zeylanicum dan Minyak Kelapa Dara
Berat : 30 ml
Nota : Tidak sesuai disapu pada kulit dan penghidap asthma
sila hubungi : 0196515135 (fahmie)
Thursday, March 20, 2014
Monday, December 9, 2013
Terapi Warna Untuk Kesihatan
Isnin.
Warna Putih adalah warna perangsang Kelenjar Pineal dan Kelenjar Pituitari. Warna Putih akan diserap oleh saraf sekiranya tubuh berada dalam keadaan hening. Salah satu cara untuk mendapatkan keheningan ialah dengan tidur awal. Mereka yang tidak mendapat waktu tidur yang betul akan menjadi lemah semangat, letih dan tidak bersedia menghadapi hari Isnin. Biasanya mereka yang tidak mendapat warna perangsang ini akan merasa malas untuk ke tempat kerja setiap hari Isnin.
Jika kita mendapat tidur yang mencukupi, hari Isnin sepatutnya ialah hari yang paling sesuai untuk mencetuskan idea baru, merangsang semangat dan melahirkan keazaman yang baru. Isnin ialah hari terbaik untuk menyelesaikan segala masalah yang tertunggak kerana penyelesaian pada hari Isnin adalah lebih kreatif dan efisyen pada hari ini.
Bunga warna Putih jauh lebih mekar pada hari Isnin berbanding hari lain. Pokok bunga Putih yang ditanam pada hari yang lain biasanya sukar untuk hidup atau berbunga tetapi masalah ini boleh diatasi sekiranya ia ditanam pada hari Isnin.
Rawatan yang sesuai dijalankan pada hari Isnin ialah penyakit seperti lemah semangat, kelesuan, hilang keyakinan diri, halusinasi, pelupa, epilepsi, amnesia (nyanyuk) dan beberapa penyakit lain yang berkaitan dengan Kelenjar Pineal dan Kelenjar Pituitari. Mereka yang mendapatkan rawatan seperti yang dinyatakan di atas didapati akan lebih cepat sembuh berbanding dengan hari lain, Insya'ALLAH.
Selasa.
Mereka yang mengalami migrain akan merasa kelegaan setiap hari Selasa. Thalamus berperanan menjaga kasih sayang dan penghayatan. Hari ini ialah hari yang paling sesuai untuk beremosi, meluahkan perasaan kasih sayang kepada pasangan masing-masing. Ini juga adalah hari yang sesuai untuk mengembara atau bermusafir ke destinasi yang jauh kerana masalah tersesat atau keletihan ketika sedang mengembara diimbangi dengan tahap penghayatan yang tinggi pada hari ini.
Dengan berpakaian warna Ungu, kuasa pujukan terhadap anak atau pelajar yang degil bertambah kuat. Begitu juga pujukan terhadap pesakit atau orang yang ingin membunuh diri. Elakkan memakai pakaian merah untuk memujuk mereka kerana mereka akan menentangnya dengan serta-merta dan akan meneruskan hasratnya untuk melawan atau membunuh diri dengan sekelip mata. Adalah disarankan agar anggota bomba & pasukan penyelamat perlu menukar pakaian ke warna Ungu sebelum memujuk orang yang mahu membunuh diri.
Rawatan yang sesuai dijalankan pada hari Selasa ialah migrain, Attention-Deficit / Hyperactivity Disorder ADHD (kanak-kanak bermasalah / aktif yang berlebihan) atau yang berkaitan dengan bahagian otak Thalam.
Rabu.
Warna Biru ialah warna perangsang kelenjar Tyroid. Biru ialah warna yang menjadikan gelombang dalam bentuk bunyi lebih resonan. Pada hari Rabu didapati kicauan burung lebih merdu (resonan dan bermomentum, tidak terputus-putus garisan gelombangnya).
Pada hari Rabu, didapati paras hormon thyroxine yang dirembeskan oleh Kelenjar Tyroid berada pada tahap optimum. Paras thyroxine yang optimum menjadikan segala yang dihasratkan oleh hati dapat diluahkan dengan berkesan melalui kata-kata. Oleh itu, hari Rabu ialah hari yang paling sesuai untuk berucap, berkata-kata, berhujah, bersidang, bermesyuarat, berpidato dan sebagainya.
Berbanding dengan hari yang lain, penyakit yang berkaitan dengan Tyroid seperi goiter (beguk), tonsel, penyakit kerongkong dan sebagainya akan mudah pulih sekiranya mula dirawat pada hari Rabu.
Khamis.
Warna Kuning ialah warna rangsangan sistem penghadaman dan warna Oren ialah warna kesuburan, hormon dan sistem reproduksi.
Kemuncak warna Kuning ialah pada sepanjang waktu siang hari. Pada hari ini dinasihatkan agar kita tidak makan terlalu banyak pada waktu siang untuk memberi peluang sistem penghadaman menjalankan fungsi dengan sepenuhnya (barangkali ini antara salah satu asbab+hikmah, kita yakni umat Muhammad, digalakkan Berpuasa Sunat pada setiap hari Isnin & KHAMIS). Sistem penghadaman yang amat bertenaga pada hari ini sesuai untuk menghadamkan segala sisa makanan di dalam tubuh untuk menjadi zat dan tenaga yang amat diperlukan.
Pada hari Khamis, asid folik yang amat sukar dihasilkan pada hari biasa didapati dapat dihasilkan dengan banyak dalam tubuh. Bagi mereka yang berdiet pada hari Khamis, didapati kandungan urik asid, lemak dan protein dipecahkan dan ditukar menjadi tenaga dalam kuantiti yang banyak.
Warna Oren merangsang sistem kesuburan lelaki dan wanita. Oleh itu, hari Khamis ialah hari yang terbaik untuk merancang zuriat yang sihat.
Pada hari Khamis, penyakit yang berkaitan dengan sistem penghadaman dan sistem reproduksi mudah dirawat dan mencapai tahap penyembuhan yang pantas berbanding apabila ia dirawat pada hari yang lain.
Jumaat.
Hijau ialah tahap vibration yang menyamai tenaga yang merangsang fungsi Jantung dan Paru-Paru.
Pada hari Jumaat, didapati aktiviti klorofil sangat aktif dan membebaskan oksigen pada tahap yang paling maksimum. Kemuncak aktiviti klorofil berlaku pada waktu tengah hari iaitu sejam setelah matahari tergelincir ke barat (sejam setelah Solat Jumaat).
Hari Jumaat ialah hari yang sesuai untuk menjalankan senaman pernafasan, bersenam dan beriadah di taman-taman bunga. Senaman pernafasan yang dijalankan pada hari Jumaat akan memberi kesan yang menakjubkan berbanding pada hari-hari yang lain.
Biasanya pada hari-hari yang lain kita akan merasa lemas apabila berada dalam himpunan orang ramai. Tetapi amat menghairankan kerana ketika di dalam masjid pada waktu Solat Jumaat didapati kita tidak merasa lemas atau rimas walaupun saling berhimpit-himpit dengan kesesakan.
Hari Jumaat ialah hari yang paling sesuai untuk menjalankan rawatan berkenaan penyakit kardiovaskular (Jantung) dan respirasi (Paru-Paru) kerana paras oksigen dalam atmosfera berada pada tahap yang tertinggi pada hari ini.
Sabtu.
Merah ialah warna yang menyamai vibration bahagian Usus, Otot, Darah, Tulang dan Saraf. Organ yang berwarna Merah ini banyak menjalankan aktiviti fizikal tubuh.
Hari Sabtu ialah hari yang paling sesuai untuk keluar bersosial, berjumpa rakan-rakan dan saudara-mara di samping menjalankan pelbagai aktiviti seperti bersukan, menjalankan aktiviti lasak dan sebagainya.
Bagi mereka yang mengalami penyakit yang berkaitan dengan Usus, Darah, Otot, Tulang dan Saraf, amat sesuai memulakan rawatan pada hari Sabtu. Memulakan rawatan bagi penyakit yang berkaitan dengan organ berwarna Merah ini pada hari yang lain selain Sabtu biasanya akan memberi implikasi kesan pembongkaran di mana pesakit akan merasai kesakitan dalam proses penyembuhan, berbanding jika dimulakan sesi rawatan pada hari Sabtu (kesakitan yang dirasai jauh lebih ringan).
Ahad.
Tenaga spektrum pada hari Ahad adalah menyamai pada hari Isnin. Perbezaannya ialah pergerakan zarah pada hari Ahad didapati lebih tertumpu kepada sesuatu kawasan berbanding dengan semua hari yang lain di mana pergerakan zarah adalah rawak. Pergerakan zarah dalam atmosfera amat pelik kerana menyamai keadaan zarah dalam air.
Gabungan semua warna dalam udara akan membentuk warna putih, tetapi gabungan semua warna dalam air akan membentuk warna kegelapan atau hitam. Hari Ahad adalah gabungan semua warna dalam keadaan zarah yang menyamai sifat air.
Gabungan semua warna akan mempertenagakan seluruh tubuh, tetapi kewujudannya dalam keadaan zarah yang hanya bergerak dalam kawasan setempat menjadikan tenaga ini separa matang (magnitud) dan masih belum mampu mempertenagakan mana-mana (keseluruhan) bahagian tubuh.
Oleh itu, hari Ahad ialah hari yang sesuai untuk beristirehat. Sebaik-baiknya bercutilah pada hari Ahad. Hari rehat ini ialah hari terbaik untuk bersama keluarga tercinta. Menjalankan sebarang aktiviti terutamanya aktiviti lasak hanya akan mendatangkan kemudharatan terhadap tubuh.
Memandangkan hari Ahad mempunyai penyelerakan zarah yang tidak stabil (tidak menentu), pakaian berwarna Hitam pada hari Ahad adalah paling sesuai untuk mengelakkan diri daripada terdedah kepada golombang asing yang boleh memudharatkan. Para Pengamal Seni Pertahanan Diri (lazimnya Seni Persilatan) yang mengenakan tali pinggang Hitam dan pakaian Hitam akan merasa bebas dari kongkongan atau pengaruh gangguan tenaga asing.
Defisini Resonan Warna Hari.
Resonan bermaksud "Match" sepasang, mematuhi Hukum Keseimbangan atau sealiran dan serasi. Sesuatu yang dijalankan ketika resonan menjadikan hasil kerja tersebut berjalan lancar dan mendatangkan hasil yang banyak.
Setiap hari terdapat sesuatu warna yang resonan dengannya. Oleh itu, segala aktiviti yang dijalankan hendaklah diresonankan dengan warna yang dominan pada hari yang tertentu itu.
Kaedah terbaik untuk mendapatkan resonan hari ialah dengan mengenakan pakaian yang sama dengan getaran warna yang mendominasi pada hari tersebut.
Hari Isnin sebaiknya berpakaian warna Putih.
Hari Selasa sebaiknya berpakaian warna Ungu atau Pink.
Hari Rabu sebaiknya berpakaian warna Biru.
Hari Khamis sebaiknya berpakaian warna Kuning atau Oren.
Hari Jumaat sebaiknya berpakaian warna Hijau.
Hari Sabtu sebaiknya berpakaian warna Merah.
Hari Ahad sebaiknya berpakaian warna Hitam.
Pakaian tidak semestinya perlu pada satu warna sahaja. Boleh dikenakan pelbagai warna mengikut citarasa sendiri, tetapi dominankan warna yang resonan pada setiap hari tersebut. Bagi kaum wanita, tudung yang menyamai warna hari juga telah memadai. Begitu juga lelaki, warna baju sahaja yang menyamai warna hari juga telah memadai.
Wednesday, July 31, 2013
GELATIN
Penggunaan ramuan gelatin yang diragui status halalnya baik dalam industri makanan, farmaseutikal mahupun kosmetik menjadikan pengguna di negara ini lebih berhati-hati dalam memilih produk.
Ironinya, semakin tinggi kesedaran pengguna tentang isu ini, semakin banyak produk yang dikenal pasti mempunyai unsur haram dalam pasaran.
“Isu penggunaan gelatin babi dalam kebanyakan produk bukan sahaja memberi kesan kepada orang Islam, malah turut mendapat perhatian daripada penganut agama lain, sama ada mereka yang mengamalkan pemakanan berasaskan sayur-sayuran atau vegetarian mahupun pengeluar produk itu sendiri.
Mengenali gelatin, ia merupakan ramuan penting yang banyak digunakan dalam pembuatan makanan seperti kek, biskut, sos, dan ayam goreng.
Selain penting dalam pengeluaran makanan, ia turut menjadi bahan utama dalam pembuatan sarung kapsul ubat-ubatan.
Gelatin ialah protein yang dihasilkan daripada kulit, sendi dan tulang haiwan seperti babi, lembu dan kerbau.
Gelatin berfungsi sebagai penggebu pastri serta penstabil, pemekat, pengawet dan pengilat makanan, keunikan fungsi gelatin menyebabkan ia tidak dapat ditandingi oleh bahan lain di dunia.
Gelatin adalah salah satu anugerah Tuhan kepada manusia. Dengan gelatin, pelbagai perkara dapat diselesaikan. Ia menjadi pelengkap dalam pelbagai industri, contohnya industri makanan.
Di Eropah, ia telah digunakan secara meluas sejak beratus tahun dahulu sebagai penebal, pelekat, pengemulsi, agen pembuih, penahan lembapan, pembaik tekstur dan ejen pengikat yang menjadikan sesuatu makanan kelihatan lebih baik.
Kerana fungsinya itu, sesetengah produk mungkin tidak dapat dihasilkan tanpa menggunakan gelatin.
Antara makanan harian yang berkemungkinan mengandungi gelatin ini seperti:
-Gula-gula getah
-Gula-gula Toffee
-Jelly
-Dessert segera (Hanya cairkan guna air panas)
-Yoghurt (Sekarang dah banyak gunakan Kanji terubahsuai berasal dari tumbuhan)
-Produk kosmetik & farmaseutikal serta makanan tambahan seperti minyak ikan dan minyak bawang putih dalam bentuk kapsul lembut.
Pada November 2009, satu penyelidikan usaha sama antara Universiti Sains Malaysia (USM) dan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Gam Lay Harn mendapati, 30 peratus daripada 100 sarung kapsul ubat yang diuji mengandungi gelatin daripada babi ataupun campuran gelatin lembu dan babi.
Gelatin daripada babi lebih meluas digunakan kerana ia lebih murah berbanding gelatin lembu.
Sungguhpun begitu, keadaan ini tidak menggambarkan keseluruhan pasaran gelatin kapsul di Malaysia kerana ada pengeluar yang bertindak menukar sumber gelatin daripada babi kepada lembu.
Bagaimanapun, pengeluaran gelatin berasaskan haiwan halal amat terhad malah jika ia diproses di luar negara pun, jumlahnya tidak mencukupi.
Mulai sekarang pesan kepada sahabat-sahabat dan anak-anak kita supaya lebih berhati-hati jika ingin membeli makanan sedemikian. Pastikan baca label dahulu sebelum membelinya dan yang paling penting adalah pastikan berstatus halal baru beli!
-sumber : halalgenius.com
Subscribe to:
Posts (Atom)




