Thursday, April 25, 2013

ULASAN BUKU "HALALKAH UBAT ANDA"

Assalamualaikum..... setelah sekian lama menyepi, penulis berasa ingin memulakan semula, penulisan blog yang sekian lama ditinggalkan kerana kesibukkan kerja.....disini penulis ingin berkongsi dengan blogger sekalian berkenaan sebuah buku yang bertajuk "HALALKAH UBAT ANDA" hasil tulisan saudara Abd Rahman Baco. Penulis amat berterima kasih kepada beliau kerana atas usaha dan semangat beliau dalam memperjuangkan isu halal di malaysia terutamanya didalam bidang ubat-ubatan....ikutilah ringkasan/ulasan berkenaan buku beliau ini *Dipetik daripada buku “Halalkah Ubat Anda?” Bab 10 Mengharamkan Yang Halal dan Penyebaran Fitnah. Buku ini mendedahkan lebih 90 Jenis Ubat-ubatan yang menggunakan sumber khinzir dan pilihan-pilihan alternatif yang ada selain memuatkan pandangan-pandangan ulama dan fatwa-fatwa perubatan terkini. Penjelasan mengenai KOD E : Halal atau Haram ? Kadang kala, apabila kita membelek untuk melihat isi kandungan sesuatu produk, kita sering terserempak dengan kod-kod pelik yang biasanya dimulakan dengan E seperti E471, E152, E280, E635 dan macam2 lagi. Semestinya pernah terlintas di fikiran untuk mengetahui apa sebenarnya maksud kod-kod ini. Maklumlah, terdapat banyak benda yang tidak diketahui dan kadang-kala diragui. Kod-kod tersebut yang bermula dengan E yang ditambah dalam makanan dikenali sebagai Kod E atau E Numbers. Kod-kod E adalah kod nombor untuk bahan tambahan atau aditif makanan(food additives) yang telah diuji penggunaannya untuk digunakan di Kesatuan Eropah(European Union). E di hadapan kod tersebut diambil dari huruf pertama European iaitu E. Kod E merupakan tambahan makanan yang digunakan sebagai perasa, pewarna, pengawet, bahan pengental dan sebagainya. Kod-kod E boleh dibuat daripada tumbuhan atau haiwan, bergantung kepada jenis Kod E. Ada yang boleh dibuat daripada mana-mana sumber iaitu tumbuhan sahaja atau haiwan sahaja. Adakah ia halal? Masalah timbul apabila Kod E dibuat daripada haiwan. Kod E adalah halal jika sumber haiwan itu bukan dari sumber yang haram seperti khinzir, anjing atau haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum syarak. Keraguan terhadap Kod E meningkat dengan tersebarnya khabar angin bahawa sesetengah Kod E dibuat daripada sumber tidak halal. Terdapat banyak produk-produk di pasaran yang menggunakan kod-kod E ini dan antara yang popular adalah aiskrim dan chocolate. Banyak pula produk-produk yang menggunakan kod E yang dikatakan haram tetapi mendapat pengiktirafan JAKIM. Jadi, bagaimana sekarang? Adakah JAKIM terlepas pandang? Semestinya JAKIM tidak terlepas pandang. JAKIM diurus oleh ramai orang yang juga pengguna muslim dan mereka juga semestinya mahu menggunakan yang halal. Jadi, proses pengeluaran pengiktirafaan sijil halal adalah sangat teliti. Antara langkah-langkah memohon sijil halal ialah menyenaraikan semua bahan mentah produk. Jadi di sini, JAKIM boleh memastikan sumber Kod E tersebut. Salah satu contoh ialah Kod E yang paling popular iaitu E471. E471 ialah sejenis emulsifier yang merupakan asid lemak mono dan digliserida. Asid lemak sintetik ini dibuat daripada gliserol dan asid lemak semulajadi daripada sumber tumbuhan atau haiwan. Produk yang mempunyai E471 dan mendapat pengiktirafan halal JAKIM bererti E471 itu dibuat dari sumber tumbuhan atau haiwan(disembelih) yang halal. Justeru itu, produk tersebut adalah halal dan selamat untuk dimakan. Lebih banyak maklumat boleh didapati tentang Kod E. Antaranya ialah: http://en.wikipedia.org/wiki/E_number http://en.wikipedia.org/wiki/E471 Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik-baik yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu. Sumber : Abd Rahman Baco Penulis & Penerbit.