Semua manusia mengimpikan saat-saat kejayaan dan kecemerlangan. Berdasarkan kajian yang telah dibuat 95% dari pelajar-pelajar dimalaysia mengaku bahawa mereka tidak cemerlang. Rata-rata mereka adalah pelajar sederhana.
TIPS
1. Strategi dan Teknik Sebagai Alat Berkesan Capai Kecemerlangan
Untuk mencapai kecemerlangan, kita mestilah mempraktikkan kaedah, strategi dan teknik
pembelajaran tertentu sehingga sebati dengan jiwa dan menjadi watak kita
2. Memiliki Motivasi Yang Tinggi
Hendaklah menggambarkan kecemerlangan itu terlebih dahulu di dalam minda kita. Kawal tindakan
dan ransangan kendiri agar dapat membentuk dorongan tinggi
3. Memfokuskan Fikiran
Hendakalah fokus dalam setiap kerja yang dilakukan. Fikiran tidak bleh bercabang-cabang
dengan aktiviti dan masalah lain.
4. Menghadapi Kesusahan Dengan Tabah
Dalam berhadapan kesusahan, paksa diri kita, bukan memanjakannya. Orang yang memanjakan diri
akan bertindak mengikut emosi dan perasaan semata-mata.
5. Merangsang Minda
Tulis dalam diri atau buku catatan perkara yang positif dan yang baik setiap hari. Berkawan
dengan orang yang bersikap positif sahaja. Sentiasa merangsang orang lain untuk menjadi
hebat. Membaca buku motivasi. Mengambil perhatian dan mencatat kata-kata motivasi dan
sebagainya. Sentiasalah Berdoa.
SELAMAT BERAMAL
sumber: membentuk insan cemerlang tulisan DR MOHD FADZILAH KAMSAH
No comments:
Post a Comment