Friday, August 13, 2010

Hanya 51 dapur 22 hotel miliki sijil halal JAKIM

HANYA 51 DAPUR 22 HOTEL MILIKI SIJIL HALAL JAKIM - BERITA HARIAN 11/08/2010

Oleh Nazura Ngah


KUALA LUMPUR: Hanya 51 dapur restoran dan premis makanan di 22 hotel di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diberikan pensijilan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sehingga kelmarin.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, sehubungan itu menasihatkan umat Islam yang memilih berbuka puasa di hotel atau menganjurkan majlis berbuka puasa di hotel memilih premis yang disahkan halal oleh JAKIM atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).

Kelmarin, JAKIM menerima permohonan 10 hotel, dua daripadanya sudah diselesaikan proses dokumentasi, manakala lapan dalam proses semakan dokumen dan dijangka disegerakan proses pengauditan sebaik proses semakan dokumentasi selesai, katanya dalam satu kenyataan semalam.

Wan Mohamad menasihatkan pengusaha hotel yang belum memiliki sijil halal tidak menyalahgunakan terma yang boleh mengelirukan pengguna seperti Bufet Ramadan kerana ia menggambarkan persediaan makanan adalah halal dan boleh dikenakan tindakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengikut Akta Perihal Dagangan 1972.

Antara dapur yang mendapat sijil halal JAKIM adalah di hotel Ancasa Hotel, Brisdale International Hotel, Crystal Crown Hotel, Dynasty Hotel Citrus Hotel, Grand Seasons Hotel, Pan Pacific KLIA, KLI Hotel, Hotel Putra, Legend Hotel, Midah Hotel, Ming Court Hotel, Corus Hotel, Puteri Park Hotel, PNB Darby Park Executive Suites, Quality Hotel City Centre, Residence Hotel Universiti Tenaga Nasional, Seri Pacific Hotel, Hotel Maluri, The Plaza Hotel Kuala Lumpur dan Tradewinds Hotels & Resorts

Orang ramai boleh melayari web halal di www.halal.gov.my untuk menyemak restoran dan premis makanan di hotel berkenaan yang mendapat sijil pengesahan halal JAKIM.

HANYA 51 DAPUR 22 HOTEL MILIKI SIJIL HALAL JAKIM - BERITA HARIAN 11/08/2010

Senarai Hotel mempunyai sijil halal di KL/Selangor

http://www.halal.gov.my/v2/cms/content/editor/files/File/Kenyataan%20Akhbar%20Halal.pdf

No comments:

Post a Comment