Tuesday, October 5, 2010

Aurat dan Tabarruj

Persoalan : Setakat manakah pelaksanaan menutup aurat sedangkan yang bertudung pun ada batasan hokum dan cara memakainya?

Pengertian Sheikh Ata ibn Khaleel Abu al-Rashta mengenai Tabarruj : perbuatan berhias atau berpakaian secara berlebih-lebihan bagi seseorang wanita sehingga menarik perhatian ramai, tetapi tanpa membuka bahagian–bahagian sulit (aurat)seperti rambut, bahagian dada dan punggung.

Jika seseorang wanita itu memakai Jilbab (jubah) yang mempunyai motif yang boleh menarik perhatian, maka ini adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang walaupun Jilbab adalah pakaian yang dibe. Oleh yang demikian, berpakaian menutupi aurat, tetapi menarik perhatian adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang.

Kesimpulan : Manakala berpakaian dengan membuka aurat adalah sama sekali dilarang samada ia menarik perhatian ataupun tidak.

Dalil tentang hukum di atas :

1-
"Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan" [TMQ An-Nur (24):31].
Seseorangwanita itu dilarang untuk berjalan dengan cara yang boleh menarik perhatian kearah gelang kakinya walaupun kakinya tertutup. Oleh itu,berpakaian yang boleh menarik perhatian (walaupun tanpa membuka aurat)adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang.

2-
"Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka ....." [TMQ An-Nur (24) : 31]

3-
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam, pernah bersabda,
"Jika seorang anak perempuan itu telah baligh, hanya muka dan kedua tapak tangannya yang boleh kelihatan" [Riwayat Abu Dawud]
Oleh yang demikian, menurut dalil-dalil yang diberi, seseorang wanita itu tidak boleh memperlihatkan selain dari muka dan dua tapak tangannya kecuali kepada suami dan mahramnya. Inilah kewajipan untuk memakai Khimar yang sesuai untuk menutupi rambut dan leher dan melabuhkannya ke dada, supaya tiada yang kelihatan kecuali muka dan kedua tapak tangan. Allah Subhanahu wa Taala berfirman; Bermaksud :"Dan hendaklah mereka menutup kain tudung kedadanya..." [TMQ Al-Nur (24) : 31]

4-
Al-Bukhari rahmatullah 'alaihi ada berkata:"tabarruj, iaitu seorang wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya".

5-
Ummu salamah ada menceritakan, maksudnya begini: "Asma' binti Abu Bakar telah menziarahi Rasulullah s.a.w pada suatu haridengan pakaian yang nipis. Lantas Rasulullah.s.a.w menasihatinya dengan bersabda yang maksudnya :" Wahai Asma', sesungguhnya seseorang gadis yang telah berhaidh (baligh), tidak harus baginya menzahirkan anggota badan, kecuali ini dan ini." Ketika itu, Rasulullah s.a.w mengisyaratkan kepada muka dan kedua tapak tangan.

Sumber: Islamic revival & Salafus-sholih.blogspot.com

No comments:

Post a Comment