Thursday, January 27, 2011

Didik Anak Gaya Rasulullah

Tajuk : Didik Anak Gaya Rasulullah
Pengarang : Prof. Dr. Huzaemah
Penerbit : PTS Millenia Sdn Bhd
ISBN : 978-983-3603-994-7




Anak-anak pada hari ini kelak menjadi orang dewasa yang mempunyai peranan penting di masa hadapan. Bahkan di bahu mereka tergantung nasib dunia ini kerana mereka memang tumpuan harapan generasi tua. Syariat Islam menaruh perhatian yang besar pada mereka. Ajaran Islam banyak mengupas dan membahas mengenai anak-anak.

Dalam syariat Islam, kita menemukan pelbagai hukum berkenaan hak dan kewajipan anak dan hukum-hukum lain yang bersangkutan. Dalam syariat Islam, ada ketetapan mengenai hukum kanak-kanak bukan sahaja sejak dia lahir ke dunia, bahkan sejak anak itu berada di dalam kandungan ibunya, sehingga dia remaja dan seterusnya dewasa. Semua hukum itu bertujuan mewujudkan masyarakat yang sempurna, lahir dan batin. Ia juga menjaga setiap individu daripada gangguan orang lain.

Dengan semua hukum ataupun peraturan yang ada sangkut pautnya dengan anak-anak, terkandung penetapan prinsip-prinsip dasar pendidikan yang penting. Melaluinya, para pendidik dapat memahami apakah tugas yang perlu mereka laksanakan demi kebaikan kanak-kanak. Alangkah baiknya apabila setiap orang yang bekerjaya sebagai pendidik mampu melaksanakan tugasnya sesuai dengan hukum-hukum pendidikan yang digariskan dalam Islam dan prinsip-prinsip pendidikan yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad.

Ketentuan hukum-hukum yang berkenaan dengan anak-anak adalah peringatan bagi para pengasuh dan pendidik akan kepentingan memperhatikan anak-anak sejak lahir dan segala perkembangannya. Dengan demikian, hak anak terlindung dan dia membesar sebagai manusia yang sihat dan kuat daripada segi jasmani dan rohani.

Antara persoalan yang berkenaan dengan anak-anak yang diatur dalam syariat Islam adalah hal aqiqah, menyusu dan memelihara anak, memberikan nafkah kepada anak, hukum dalam hal ibadah, hukum dalam bermuamalah, pernikahan anak di bawah umur, talak, kesaksian dan kewaliannya.

Bagi menjelaskan semua hal itu, buku ini ditulis bagi dijadikan panduan untuk setiap orang Islam dalam mengasuh dan mendidik anak. Buku ini mengandungi hukum-hukum yang berkenaan dengan aktiviti anak. Ia memuatkan pelbagai kepentingan dalam kehidupan kita secara khusus dan umum serta mengandungi pengaruh yang besar dalam kehidupan masyarakat. Ia adalah kajian yang menyentuh kehidupan anak-anak dan cara mengurusnya dalam pelbagai aspek. Dengan demikian, anak-anak mendapat hak-haknya secara benar, baik berkenaan dengan hak pengasuhan, mahupun penjagaan dan pendidikan.

Perbahasan dalam buku ini adalah berdasarkan Quran dan hadis serta didukung oleh kitab-kitab utama terdahulu dalam empat mazhab khususnya dan kitab-kitab klasik yang lain.


contact: fahmie 0196515135

Monday, January 24, 2011

La Tahzan Kerana Cinta




Penulis : Najla Mahfuzh

Kod Buku : MRBK1007

Kod ISBN : 978-967-5426-13-1

Harga : RM19.90 (tidak termasuk postage)


Cinta bukan paksaan..
Ia lahir dari dua perasaan,
Kehadirannya tidak di undang,
Perginya tiada yang merelakan,
Kerana...
Ia terlalu sukar untuk dimengertikan... C.I.N.T.A merupakan satu perasaan halus yang sukar diungkapkan dengan kata-kata dan digambarkan dengan perbuatan. Setiap insan mendambakan kasih sayang, kebahagiaan dan ketulusan hati terhadap pasangan masing-masing.

Buku ini mempersembahkan kepada anda, apa yang selama ini anda cari...
Buku ini adalah jambatan kebahagiaan yang akan melindungi anda dari penipuan atas nama cinta.
Buku ini juga adalah petunjuk bagi jalan yang terang, agar anda meraih cinta sejati yang membahagiakan.


Berminat Untuk Mendapatkannya??? email kepada miestormreaders@gmail.com

atau layari http://www.stormreaders.net/fahmie
(sila gunakan pelayar Internet Explorer versi 8.0)

Panduan Lengkap Kehamilan - Diari Hamil



Penulis : Khairun Nisa Zakaria, Muhd. Mawardi Zakaria & Khulwana Hanapi

Kod Buku : TBBK1169

Kod ISBN : 978-967-388-010-2

Harga : RM26.00 (Tidak Termasuk Postage)


DIARI HAMIL ini disusun untuk kegunaan dan rujukan ibu dan bakal ibu sepanjang tempoh mengandung orang baru yang bakal lahir. Semua orang mengimpikan cahaya mata yang sempurna dan soleh atau solehah. Sebagaimana Allah merancang, anda juga perlu merancang sebuah kelahiran yang cemerlang. Gunakanlah buku ini.

Bagaimana menggunakan buku ini.

Buku ini merupakan panduan lengkap kepada bakal ibu. Mendedahkan perkembangan semasa bayi serta ibu sepanjang kehamilan.
Panduan berguna bagi melancarkan aktiviti ibu semasa hamil dan menyediakan diri selepas proses bersalin.
Turut memuatkan tip-tip yang berguna kepada suami dan bakal bapa untuk kesejahteraan isteri dan bayi.
Hadiah kepada isteri tersayang.
Khazanah kenangan paling berharga buat seisi keluarga yang boleh disimpan sebagai koleksi peribadi.



Berminat Untuk Mendapatkannya??? email kepada miestormreaders@gmail.com

atau layari http://www.stormreaders.net/fahmie
(sila gunakan pelayar Internet Explorer versi 8.0)

Thursday, January 20, 2011

Al Fatihah : ADUN Merlimau Sah Meninggal Dunia Sebentar Tadi

15 Safar 1432H.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan
meninggal dunia pada pukul 8.10 malam Khamis selepas menerima rawatan di Hospital Pakar Putra, Melaka.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif hospital itu Radhuana Salleh.

Jenazah akan dibawa pulang ke Kampung Tersusun Lipat Kajang, Jasin.

Sebelum itu, portal media melaporkan bahawa Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Desa negeri itu telah meninggal dunia sedangkan beliau masih berada dalam keadaan koma.

Mohamad Hidhir dilaporkan dimasukkan ke hospital itu pada minggu lepas bagi menjalani pembedahan membersihkan arteri yang tersumbat pada 13 Januari lalu.

Beliau pada mulanya ke hospital itu untuk mendapat rawatan mengenai ketidak selesaan perutnya sejak kembali dari Taiwan pada 10 Januari lepas, dan ujian mendapati arterinya tersumbat.

Batas pergaulan lelaki, wanita ketika bekerja

Oleh Umi Kalthum Ngah

ADAKAH wanita berkerjaya memahami batas pergaulan seharian agar kerja mereka mendapat pahala dan rumah tangga kekal terpelihara.

Timah (bukan nama sebenar) dan Ahmad (bukan nama sebenar) bekerja di pejabat yang sama, tetapi di bahagian lain. Timah dan Ahmad walaupun bukan suami isteri begitu intim dalam dan luar pejabat.

Mereka sebenarnya sudah berumah tangga dengan pasangan masing-masing. Pernahkah kita terdengar atau melihat fenomena begini? Mungkin ada atau mungkin tidak. Tetapi apa pun, perhubungan seperti ini bukanlah perkara baru. Mengapa boleh berlaku begini? Kadang kala keadaan yang memungkinkan berlakunya fenomena demikian wujud tanpa disedari.

Kerja bertimbun memaksa wanita berada di pejabat lebih daripada waktu biasa. Selalunya akan ada seorang dua rakan yang sama-sama dalam urusan kerja itu atau bos yang terpaksa memberi tumpuan untuk menghabiskan kerja mendesak. Bayangkan sekiranya rakan atau bos itu seorang lelaki. Sedikit sebanyak interaksi dan ruang lingkup kerja sebegitu, jika wanita pula tidak berhati-hati, maka amat malang baginya.

Mula-mula mungkin keluar makan bersama atau makan nasi bungkus di pejabat. Kemudian, timbul rasa selesa bersama dan menjadi tempat luahan hati pelbagai masalah. Jika wanita tidak pandai menjaga diri, tentu akan melarat sehingga menimbulkan bibit perhubungan yang tidak diduga. Kisah dua insan ini mungkin berlarutan dan begitu ketara sehingga menjadi bahan bualan di pejabat.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa wanita penyumbang sumber tenaga manusia yang besar dalam pembangunan negara. Wanita memang perlu berganding bahu dalam melaksanakan tugas, di samping tidak mengabaikan tugas asasi di rumah. Oleh itu, wanita berkerjaya harus mengetahui beberapa perkara sebelum ia memegang sebarang jawatan.

Di samping itu, lelaki perlu memahami adab pergaulan kerana menjaga adab pergaulan lelaki dan wanita adalah tanggungjawab bersama. Tetapi sebagai wanita cerdik dan bijaksana, kita perlu melakukannya kerana kalau bukan kita yang mulakannya, siapa lagi. Kita boleh mengawal diri tetapi tidak boleh mengawal apa yang ada dalam diri orang lain. Oleh itu kita mulakan dengan diri kita dulu.

Beberapa panduan berikut harus jelas difahami.

- Niat ikhlas kerana keredaan Allah.

Wanita berkerjaya harus mengikhlaskan niat dan meletakkan tumpuan mengapa dia memegang sesuatu jawatan. Ini kerana ingin mendapat keredaan Allah dengan berhubung terus dengan masyarakat dan melaluinya boleh dijadikan 'role model' seorang Muslimah sejati.

- Isteri dihormati.

Wanita berkerjaya harus sentiasa menjaga akhlaknya sebagai seorang isteri setia dan berperibadi tinggi. Jangan sekali-kali mengkhianati keizinan suami untuk melakukan perkara yang boleh menimbulkan fitnah.

Perlu diingat bahawa bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Kuasa untuk mengatakan tidak berada di tangan wanita itu. Jika berlaku gejala gangguan seksual, banyak cara dan saluran yang boleh dilakukan untuk mengatasinya.


- Ibu yang dimuliakan.

Wanita berkerjaya yang mempunyai anak, tentunya tahu apa itu perasaan kasihan belas, sifat timbang rasa, pemaaf dan berhikmah apabila berbicara. Sebaik mungkin sifat keibuan ini jelas terpancar dalam tindak tanduk berurusan sama ada dengan rakan setugas, orang bawahan mahupun orang luar pejabat.

Dengan itu akan timbul rasa hormat dan jika ini berlaku, pekerja bawahan terutamanya akan senang untuk melakukan tugas secara suka dan rela tanpa perlu dipaksa dan diarah-arah. Pendek kata, jadilah ibu yang boleh dijadikan contoh dalam hal pendidikan, pembentukan akhlak dan tempat rujukan dalam hal menangani masalah berkaitan dengan anak-anak.

- Kerjaya bukan jalan keluar mengatasi kebosanan.

Malang jika wanita berkerjaya beranggapan bahawa dia bekerja untuk mengelak atau melarikan diri daripada tugas suri rumah yang dianggapnya membosankan.

- Kedudukan di sesuatu tempat kerja adalah aset.

Wanita yang mempunyai kedudukan dalam organisasinya perlu sedar bahawa dia memang boleh diharap dan mempunyai mutu kerja tinggi. Ini bermakna organisasinya akan kehilangan seseorang yang berharga jika dia tiada.

- Perlu ada suasana nasihat menasihati.

Masyarakat seharusnya memberi perhatian dan perlu memberi kata-kata nasihat. Oleh itu, wanita perlu ada rakan wanita lain yang ikhlas nasihat-menasihati.

- Jagalah sepenuhnya agar tidak berada dalam suasana yang menyebabkan fitnah iaitu menimbulkan curiga.

Kadang kala wanita lain agak cemburu dan selalu suka menjatuhkan di antara satu sama lain. Paling tidak, ada yang suka melihat perkara sumbang ini berlaku dan menjadikan rakan sebagai bahan bualan. Kita harus menjauhi wanita yang tidak boleh dibuat kawan seperti ini.

- Wujudkan persekitaran komunikasi yang baik dalam rumah tangga

Peranan suami juga tidak kurang pentingnya. Suami memang sibuk dengan urusannya. Adakah suami wanita berkerjaya mengambil berat dan suka mendengar luahan rasa hati isteri? Oleh itu, komunikasi rumah tangga menjadi keutamaan. Suami isteri harus dapat menyelami sanubari masing-masing tanpa perlu mencurahkannya kepada orang lain, apatah lagi suami atau isteri orang. Suami isteri kenalah semarakkan semula api cinta yang terbenam dalam sekam dimamah usia perkahwinan. Jadilah teman berbicara dan telinga yang mendengar untuk pasangan masing-masing.

Perkara di atas jika dapat dihayati oleh wanita dwikerjaya, maka Allah akan memberi keredaan kepadanya.

PENULIS adalah pensyarah Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Universiti Sains Malaysia.

Sunday, January 9, 2011

KENALI UBAT ANDA

PROGRAF (Tacrolimus) : Ubat Imunosupresif yang menggunakan kapsul gelatin campuran lembu dan babi.


Tulisan ini adalah maklumat tambahan kepada Senarai 90 Jenis Ubat Mengandungi Sumber Babi yang terkandung di dalam buku “Ubat Daripada Sumber Babi & Pilihan Alternatif”.


PROGRAF




Jenama Ubat : Pograf Capsule 0.5mg / 1mg / 5mg

Kapsul mengandungi bahan Tacrolimus( FK-506 atau Fujimycin)

Pengeluar : Johnson & Johnson , Pengilang : Astellas Ireland.

Kegunaan : Imunosupresif (merendahkan/perencat sistem imun)

Kandungan Babi : Menggunakan Kapsul campuran gelatin lembu dan babi.

Catatan: Berdaftar dan terdapat di pasaran Malaysia

Pilihan alternatif : Cyclosporin.


Imunosupresif merupakan ubat yang digunakan dalam rawatan pemindahan organ dan rawatan penyakit autoimun dengan cara melemahkan tindakan imun badan. Dalam pemindahan organ, ubat ini menghalang tindakan antibodi penerima terhadap terhadap organ yang dipindahkan dan ini menghalang penolakan organ tersebut.

Dalam penyakit autoimun, ia melemahkan tindakan antibodi pesakit terhadap tisu yang terlibat. Ubat ini juga digunakan untuk mengurangkan keradangan seperti asma dan penyakit tisu konektif. Tiga kumpulan ubat imunosupresif ialah glucokortikoid, perencat kalsineurin, dan ejen antiproliferatif.


Tacrolimus secara kimia dikenali sebagai makrolid (macrolide). Tacrolimus dimiliki atau dipatenkan oleh Astellas Pharma Inc, dan dipasarkan menggunakan jenama Prograf (perlu diambil 2 kali sehari), Advagraf (diambil sekali sehari) dan Protopic (untuk kegunaan luar).

Tacrolimus telah diluluskan oleh FDA pada tahun 1994 untuk rawatan dalam pemindahan hati, dan kini turut digunakan untuk pemindahan buah pinggang, jantung, usus kecil, pankreas, paru-paru, trakea, kornea, sum-sum tulang dan juga anggota badan.

Dalam rawatan pemindahan organ, Tacrolimus mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan ubat cyclosporin, tetapi mempunyai potensi/kekuatan yang lebih. Beberapa kajian yang telah dijalankan menunjukkan kadar penolakan organ yang lebih rendah bagi pesakit yang mengambil Tacrolimus berbanding Cyclosporin.

Ubat Tacrolimus merupakan suatu penemuan yang sangat berguna, namun penggunaan kapsulnya dari campuran gelatin lembu dan khinzir merupakan suatu isu yang perlu difikirkan. Usaha perlu dilakukan untuk mendesak pengilang menukar sumber gelatin yang digunakan kepada “bovine only gelatin” atupun menggunakan kapsul sayuran, ataupun gunakan ubat imunosupresif alternatif yang lain. Berbincanglah dengan pengamal perubatan anda dan buatlah keputusan yang terbaik.

“Sesungguhnya penyembuhan adalah daripada Allah S.W.T”

Terima Kasih.

sumber:

Abd Rahman BPharm

06/01/2011

halalsains@gmail.com

ADAB_ADAB BERPAKAIAN

Adab-adab berpakaian untuk lelaki dan wanita iaitu:

1. Menutup aurat

AURAT lelaki menurut ahli hukum ialah daripada pusat hingga ke lutut.
Aurat wanita pula ialah seluruh anggota badannya, kecuali wajah, tapak tangan dan tapak kakinya. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Paha itu adalah aurat." (Bukhari)

2. Tidak menampakkan tubuh (aurat)

PAKAIAN yang jarang sehingga menampakkan aurat tidak memenuhi syarat menutup aurat. Pengertian aurat dari segi bahasa : Saiz dan rupa bentuk anggota badan serta warna kulit, ini menolak sangkaan menutup aurat iaitu menutup kepala atau kulit sedangkan bentuk badan masih kelihatan.
Sebab haram : Pakaian jarang bukan saja menampak warna kulit, malah boleh merangsang nafsu orang yang melihatnya.Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liukkan badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk.Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh." (Muslim)

3. Pakaian tidak ketat

TUJUANNYA adalah supaya tidak kelihatan bentuk tubuh badan samada lelaki atau perempuan.

4. Tidak menimbulkan riak

RASULULLAH SAW bersabda bermaksud: "Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya kerana perasaan sombong, Allah SWT tidak akan memandangnya pada hari kiamat." Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sesiapa yang memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan pada hari akhirat nanti." (Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'iy dan Ibnu Majah)

5. Lelaki, wanita berbeza

MAKSUDNYA pakaian yang khusus untuk lelaki tidak boleh dipakai oleh wanita, begitu juga sebaliknya. Rasulullah SAW mengingatkan hal ini dengan tegas menerusi sabdanya yang bermaksud: "Allah mengutuk wanita yang meniru pakaian dan sikap lelaki, dan lelaki yang meniru pakaian dan sikap perempuan." (Bukhari dan Muslim)
Baginda juga bersabda bermaksud: "Allah melaknat lelaki berpakaian wanita dan wanita berpakaian lelaki." ? (Abu Daud dan Al-Hakim). Seperti memakai rantai dan make-up yang diharuskan khas untuk perempuan.

6. Larangan pakai sutera

ISLAM mengharamkan kaum lelaki memakai sutera. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Janganlah kamu memakai sutera, sesungguhnya orang yang memakainya didunia tidak dapat memakainya diakhirat." (Muttafaq 'alaih)

7. Melabuhkan pakaian

CONTOHNYA seperti tudung yang seharusnya dipakai sesuai kehendak syarak iaitu bagi menutupi kepala dan rambut, tengkuk atau leher dan juga dada. Allah berfirman bermaksud: "Wahai Nabi, katakanlah (suruhlah) isteri-isteri dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman, supaya mereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun dan MahaPenyayang."?(al-Ahzab:59)

8. Memilih warna sesuai

CONTOHNYA warna-warna lembut termasuk putih kerana ia nampak bersih dan warna ini sangat disenangi dan sering menjadi pilihan Rasulullah SAW. Baginda bersabda bermaksud: "Pakailah pakaian putih kerana ia lebih baik, dan kafankan mayat kamu dengannya(kainputih)." (an-Nasa'ie dan al-Hakim)
Manakala warna dan corak yang menarik perhatian juga diharamkan oleh Islam kerana membawa kepada syak dan perhatian.

9. Larangan memakai emas


TERMASUK dalam etika berpakaian di dalam Islam ialah barang-barang perhiasan emas seperti rantai, cincin dan sebagainya. Bentuk perhiasan seperti ini umumnya dikaitkan dengan wanita namun pada hari ini ramai antara para lelaki cenderung untuk berhias seperti wanita sehingga ada yang sanggup bersubang dan berantai. Semua ini amat bertentangan dengan hukum Islam. Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: "Haram kaum lelaki memakai sutera dan emas, dan dihalalkan (memakainya) kepada wanita."

10. Mulakan sebelah kanan

APABILA memakai baju, seluar atau seumpamanya, mulakan sebelah kanan. Imam Muslim meriwayatkan daripada Saidatina Aisyah bermaksud: "Rasulullah suka sebelah kanan dalam segala keadaan, seperti memakai kasut, berjalan kaki dan bersuci."Apabila memakai kasut atau seumpamanya, mulakan dengan sebelah kanan dan apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Apabila seseorang memakai kasut, mulakan dengan sebelah kanan, dan apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri supaya yang kanan menjadi yang pertama memakai kasut dan yang terakhir menanggalkannya." (RiwayatMuslim).

11. Selepas beli pakaian

APABILA memakai pakaian baru dibeli, ucapkanlah seperti yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan At-Tarmizi yang bermaksud: "Ya Allah, segala puji bagi-Mu, Engkau yang memakainya kepadaku, aku memohon kebaikannya dan kebaikan apa-apa yang dibuat baginya, aku mohon perlindungan kepada-Mu daripada kejahatannya dan kejahatan apa-apa yang diperbuat untuknya. Demikian itu telah datang daripada Rasulullah".

12. Berdoa

KETIKA menanggalkan pakaian, lafaz- kanlah: "Pujian kepada Allah yang mengurniakan pakaian ini untuk menutupi auratku dan dapat mengindahkan diri dalam kehidupanku, dengan nama Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia. "Sebagai seorang Islam, sewajarnya seseorang itu memakai pakaian yang sesuai menurut tuntutan agamanya kerana sesungguhnya pakaian yang sopan dan menutup aurat adalah cermin seorang Muslim yang sebenar.

Sumbangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Wednesday, January 5, 2011

LOGO HALAL

saya terpanggil dengan isu ini selepas balik dari kursus halal awareness program...kursus yang dikelolakan oleh HDC (halal development coperation) anak syarikat kerajaan (GLC) dibawah kementerian perdagangan antarabangsa...

banyak maklumat yang diperolehi semasa kursus selama 8 hari tersebut yang diadakan di UIA Gombak...kami didedahkan dari aspek syriah, teknikal dan setiap dari kami melalui amali penyembelihan yang mengikut syarak.

Selain daripada itu, isu berkaitan akta halal di malaysia masih lagi belum sampai ke parlimen untuk bacaan. selama ini kita hanya bergantung kepada akta perihal dagangan 1972


Akta Perihal Dagangan 1972

Terdapat dua Perintah yang diwujudkan di bawah Akta ini iaitu:

a) Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan ‘Halal’) 1975

b) Perintah Perihal Dagangan (Penandaan Makanan) 1975



Kedua-dua Perintah ini dikuatkuasakan bersama-sama dengan Akta induknya, Akta Perihal Dagangan 1972.

2.1 Akta Perihal Dagangan

Menurut ‘Mukaddimah’ Akta ini, tujuan Akta Perihal Dagangan 1972 diwujudkan ialah:

“Suatu Akta bagi menyatukan dan meminda Undang-Undang berhubung dengan cap barang dagangan dengan peruntukan-peruntukan baharu yang melarang salah perihal mengenai barang-barang yang diadakan dalam perjalanan perdagangan dan penunjukkan-penunjukkan yang palsu atau mengelirukan tentang harga barang-barang, memberi kuasa untuk memberi erti apa-apa perbahasaan atau menunjukkan yang digunakan berhubung dengan harga barang-barang, bayaran atau kadar bagi perkhidmatan, tempat tinggal atau kemudahan dan untuk mengawalselia, mengawal atau melarang membuat pernyataan-pernyataan yang palsu atau mengelirukan tentang apa-apa perkhidmatan, tempat tinggal atau kemudahan-kemudahan yang diadakan dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan; memberi kuasa untuk menghendaki maklumat atau arahan-arahan berhubung dengan barang-barang yang dicap atau supaya disertakan dengan barang-barang itu atau supaya dimasukkan dalam iklan-iklan; dan bagi maksud-maksud yang berkaitan.”



Penjelasan:

Akta ini memberi perlindungan kepada pengguna dari segi amalan perdagangan atau perniagaan yang tidak sihat. Akta ini mengandungi peruntukan-peruntukan seperti berikut:

a. Melarang penggunaan perihal dagangan palsu ke atas barang-barang, harga dan perkhidmatan.

b. Memberi peruntukan kuasa kepada Menteri untuk menghendaki maklumat-maklumat yang perlu sebelum barang-barang dibekalkan atau ditawar untuk dibekalkan dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan.

c. Peruntukan mengenai kesalahan serta penalti ke atas kesalahan-kesalahan yang dilakukan serta kuasa-kuasa bertindak berhubung dengan kesalahan-kesalahan tersebut.






2.2 Perintah Perihal Dagangan (Perbahasaan ‘Halal’) 1975



Perintah ini dibuat oleh Menteri melalui peruntukan Seksyen 10 Akta Perihal Dagangan 1972. Ia bertujuan memberikan takrif berhubung dengan perbahasaan “Halal”, “Ditanggung Halal”, “Makanan Islam” atau mana-mana perbahasaan yang membawa maksud sedemikian sebagaimana yang dikehendaki oleh Hukum Syarak.



Seksyen 2 Perintah Perihal Dagangan (Perbahasaan Halal) 1975 :



Dalam Perintah ini, melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang lain - “ Hukum Syarak” ertinya Undang-undang Islam dan Mazhab Shafi’e atau undang-undang dalam mana satu Mazhab Maliki, Hanbali atau Hanafi telah bersetuju oleh Yang Di Pertuan Agong dikuatkuasakan dalam Wilayah Persekutuan atau oleh Raja bagi mana-mana Negeri dikuatkuasakan dalam Negeri itu.



Seksyen 3 Perintah Perihal Dagangan (Perbahasaan Halal) 1975 :



Penjelasan:



Perbahasaan “Halal”, “Ditanggung Halal”, “Makanan Islam” atau apa-apa perbahasaan yang lain apabila digunakan ke atas makanan dalam apa-apa jua bentuk sekalipun maka perbahasaan itu hendaklah bermaksud bahawa makanan tersebut:

a. Bukanlah dan juga tidaklah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh Hukum Syarak memakannya atau tidak disembelih mengikut Hukum Syarak;

i. Tidaklah mengandungi apa-apa benda yang difikirkan sebagai najis mengikut Hukum Syarak;

ii. tidaklah diselia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari apa-apa benda najis mengikut Hukum Syarak;

iii. tidaklah dalam masa menyediakan, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang tidak memenuhi kehendak perenggan (i), (ii) atau (iii) atau apa-apa benda yang difikirkan sebagai najis mengikut Hukum Syarak.




2.3 Perintah Perihal Dagangan (Penandaan Makanan) 1975

Perintah ini dibuat oleh Menteri melalui peruntukan kuasa di bawah Seksyen 11 Akta Perihal Dagangan 1972. Ia merupakan Perintah melarang pembekalan semua jenis makanan yang “Halal” mengikut Hukum Syarak melainkan makanan tersebut dilabel atau ditandakan dengan tanda yang menunjukkan makanan tersebut dilabel atau ditandakan dengan tanda yang menunjukkan makanan tersebut “Halal”, sebagaimana yang dinyatakan di dalam Perintah 2(1) Perintah berkenaan:

“Semua makanan yang dinyatakan dalam Jadual bersama-sama ini yang halal mengikut Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan “Halal”), 1975 tidak dibenarkan dibekalkan melainkan ianya ditanda label, tag atau lain-lain bentuk tanda yang menunjukkan bahawa makanan itu “Halal”.



Perintah 2 (2):



“ Semua daging dan perkakas dalam yang mentah termasuk daging yang perkakas-perkakas dalam ayam-itik tidak dibenarkan dibekalkan melainkan ianya ditanda dengan label, tag atau lain-lain tanda yang menunjukkan bahawa daging atau perkakas-perkakas dalam itu telah atau tidak pernah didingin atau dibekukan.”



Penjelasan:

Tujuan dilabelkan makanan tersebut ialah bagi melindungi pengguna supaya tidak tertipu dengan sebarang penyelewengan yang dilakukan bagi tujuan mengaut keuntungan yang berlebihan. Perbahasaan “Halal”, “Ditanggung Halal” atau “Makanan Islam” apabila ia digunakan ke atas makanan adalah merupakan suatu perihal dagangan bagi makanan tersebut.



2.4 Penggunaan Perihal Perdagangan



Seksyen 6 (1) APD 1972:



Seseorang adalah menggunakan suatu perihal dagangan bagi barang-barang, jika ia:

a. Menampalkan atau melampirkan pada atau dengan apa-apa cara mengecapkannya di atas atau menyatukannya dengan:

i. barang-barang itu sendiri;

ii. apa-apa benda yang di dalamnya, di atasnya atau dengannya mana barang-barang itu dibekalkan;

b. Meletakkan barang-barang itu di dalam, di atas atau dengan apa-apa benda yang perihal dagangan itu telah ditampal atau dilampirkan padanya atau dicapkan di atasnya atau disatukan dengannya, atau meletakkan mana-mana benda itu dengan barang-barang itu;

i. Menggunakan perihal dagangan itu dengan apa-apa cara yang mungkin dianggap sebagai berkenaan dengan barang-barang itu.



Seksyen 6 (2) APD 1972:



Sesuatu pernyataan lisan boleh terjumlah kepada penggunaan sesuatu perihal perdagangan.

Seksyen 6(3) APD 1972:



Jika barang-barang dibekalkan menurut permintaan dalam mana suatu perihal dagangan adalah digunakan dan hal keadaannya adalah sedemikian hingga membolehkan difahamkan dengan munasabah bahawa barang-barang itu adalah dibekalkan sebagai barang-barang yang bersamaan dengan perihal itu, maka orang yang membekalkan barang-barang itu hendaklah disifatkan sebagai telah menggunakan perihal dagangan itu bagi barang-barang itu.

Seksyen 28, 28A, 28B, 29 dan 30 APD 1972:



Seseorang Penolong Pengawal boleh pada bila-bila masa;



a.Bagi maksud memastikan wujudnya kesalahan di bawah Akta, boleh memasuki mana-mana premis tanpa waran melainkan premis yang diguna hanya untuk kediaman.

b.Boleh meminta sesiapa yang menjalankan perniagaan atau pekerjanya mengemukakan apa-apa buku atau dokumen yang berkaitan.

c.Boleh menyita dan menahan apa-apa barang dan dokumen yang ada bukti bagi sebarang kesalahan.

d.Setiap sitaan hendaklah dikeluarkan borang Akuan Penyitaan yang menyenaraikan setiap perkara yang disita.

e.Sekiranya apa-apa barang atau dokumen yang disita tidak munasabah untuk diangkat disebabkan saiz atau bentuk, bolehlah di seal.



2.5 Kesalahan-Kesalahan



Terdapat beberapa jenis kesalahan yang berkaitan dengan penandaan “Halal” iaitu:

Seksyen 11 (2) APD 1972, kesalahan kerana gagal mematuhi Perintah 2(1) dan 2 (2) Perintah Perihal Dagangan (Penandaan Makanan) 1975.

Seksyen 3 (1) (a) APD 1972, kesalahan menggunakan perihal dagangan palsu.

Seksyen 3 (1) (b) APD 1972, membekalkan atau menawar untuk membekalkan apa-apa barang yang baginya digunakan perihal dagangan palsu.

Seksyen 15 (1) APD 1972, pernyataan palsu mengenai bekalan/ produk/ perkhidmatan.

Seksyen 29 (1) APD 1972, menghalang Pegawai bertindak di bawah APD 1972.

Seksyen 29 (2) APD 1972, memberikan maklumat atau membuat suatu kenyataan yang diketahui sebagai palsu.
Sejak 14 November, 2008 StatCounter - Free Web Tracker and Counter

* PENAFIAN
* DASAR PRIVASI
* DASAR KESELAMATAN

dan ada antara kita rakyat malaysia yang beragama islam tidak pernah kisah pun tentang apa yang kita makan..especially bila makan diluar...samada halal ker makanan yang dimakan itu, logo halal yang digunakan adakah logo yang diiktiraf ataupun sama ada logo halal jawi tue sudah mencukupi meyakinkan anda yang bahan makanan yang dibeli itu adalah halal dari segi sumber dan penyediaan nya....





gambar diatas ada saya sertakan 3 jenis logo halal yang ada di malaysia....andalah yang tentukan yang mana yang diiktiraf oleh JAKIM/HDC


insyallah...akan ada lagi coretan saya berkenaan isu ini dimasa akan datang untuk saya kongsikan dengan pembaca semua

Selamat Tahun Baru 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca blog saya...termasuklah follower saya..terima kasih banyak-banyak kerana sokongan anda semua...rasanya belum terlambat lagi saya ingin mengucapkan selamat tahun baru dan semoga perancangan untuk tahun 2011 anda semua akan berjalan seperti yang dirancangkan.....


bagi saya...tahun baru ini saya berharap agar diberikan kesihatan yang baik dan rezki yang melimpah ruah agar saya dapat memanafaatkan kesihatan ini dengan meneruskan perjuangan saya mendidik anak bangsa saya dan berkongsi segala ilmu pengetahuan dan nasihat sebanyak mungkin kepada anak-anak didik saya dan juga pembaca setiap blog saya yang tidak seberapa ini.....





kenangan pada tahun baharu ini adalah dapat bersua muka dengan jutawan internet Dr Irfan Khairi yang mana selama ini hanya mendengar suara, lihat dalam tv dan melalui pembacaan buku beliau sahaja..tetapi hari ini dapat bergambar sekali...rasa sungguh bertuah sangat......


apa apa pun kehidupan mesti diteruskan walaupun apa jua rintangan yang mendatang...sudah pasti ianya akan menjadikan kita lebih matang dan berpengalaman dalam mengaharungi hidup ini

"merancang masa bermakna merancang kejayaan" - Dr Irfan Khairi


terima kasih sekali lagi atas sokongan anda semua.....semoga allah merahmati anda semua