Sunday, January 9, 2011

KENALI UBAT ANDA

PROGRAF (Tacrolimus) : Ubat Imunosupresif yang menggunakan kapsul gelatin campuran lembu dan babi.


Tulisan ini adalah maklumat tambahan kepada Senarai 90 Jenis Ubat Mengandungi Sumber Babi yang terkandung di dalam buku “Ubat Daripada Sumber Babi & Pilihan Alternatif”.


PROGRAF




Jenama Ubat : Pograf Capsule 0.5mg / 1mg / 5mg

Kapsul mengandungi bahan Tacrolimus( FK-506 atau Fujimycin)

Pengeluar : Johnson & Johnson , Pengilang : Astellas Ireland.

Kegunaan : Imunosupresif (merendahkan/perencat sistem imun)

Kandungan Babi : Menggunakan Kapsul campuran gelatin lembu dan babi.

Catatan: Berdaftar dan terdapat di pasaran Malaysia

Pilihan alternatif : Cyclosporin.


Imunosupresif merupakan ubat yang digunakan dalam rawatan pemindahan organ dan rawatan penyakit autoimun dengan cara melemahkan tindakan imun badan. Dalam pemindahan organ, ubat ini menghalang tindakan antibodi penerima terhadap terhadap organ yang dipindahkan dan ini menghalang penolakan organ tersebut.

Dalam penyakit autoimun, ia melemahkan tindakan antibodi pesakit terhadap tisu yang terlibat. Ubat ini juga digunakan untuk mengurangkan keradangan seperti asma dan penyakit tisu konektif. Tiga kumpulan ubat imunosupresif ialah glucokortikoid, perencat kalsineurin, dan ejen antiproliferatif.


Tacrolimus secara kimia dikenali sebagai makrolid (macrolide). Tacrolimus dimiliki atau dipatenkan oleh Astellas Pharma Inc, dan dipasarkan menggunakan jenama Prograf (perlu diambil 2 kali sehari), Advagraf (diambil sekali sehari) dan Protopic (untuk kegunaan luar).

Tacrolimus telah diluluskan oleh FDA pada tahun 1994 untuk rawatan dalam pemindahan hati, dan kini turut digunakan untuk pemindahan buah pinggang, jantung, usus kecil, pankreas, paru-paru, trakea, kornea, sum-sum tulang dan juga anggota badan.

Dalam rawatan pemindahan organ, Tacrolimus mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan ubat cyclosporin, tetapi mempunyai potensi/kekuatan yang lebih. Beberapa kajian yang telah dijalankan menunjukkan kadar penolakan organ yang lebih rendah bagi pesakit yang mengambil Tacrolimus berbanding Cyclosporin.

Ubat Tacrolimus merupakan suatu penemuan yang sangat berguna, namun penggunaan kapsulnya dari campuran gelatin lembu dan khinzir merupakan suatu isu yang perlu difikirkan. Usaha perlu dilakukan untuk mendesak pengilang menukar sumber gelatin yang digunakan kepada “bovine only gelatin” atupun menggunakan kapsul sayuran, ataupun gunakan ubat imunosupresif alternatif yang lain. Berbincanglah dengan pengamal perubatan anda dan buatlah keputusan yang terbaik.

“Sesungguhnya penyembuhan adalah daripada Allah S.W.T”

Terima Kasih.

sumber:

Abd Rahman BPharm

06/01/2011

halalsains@gmail.com

No comments:

Post a Comment