Tuesday, February 14, 2012

Biografi Agung Rasulullah









Setiap kali membuka helaian buku ini, hati terasa sayu sgt.. Membaca baris penceritaannya bergenang airmata tanpa dapat ditahan lagi..
Gambar spt pakaian anak Rasulullah, makam baginda dsbnya yg dimuatkan bagai menyapa lembut hati utk merinduinya.. Selawat dan Salam buat Rasulullah S.A.W. Mencadangkan sangat buku ini harus dimiliki di setiap rumah..
_____________________________________________

BIOGRAFI AGUNG RASULULLAH SAW adalah sebuah buku yang membawa pembaca mengenal junjungan besar, Nabi dan Rasul terakhir yang diutus kepada kita umat akhir zaman. Sebagai umat yang dilahirkan 1400 tahun selepas kewafatan Baginda tentu kita ingin mengenal perwatakan, rupa paras dan bentuk tubuh Rasulullah. Sebagai umat Islam kita dilarang untuk menggambarkan paras rupa Baginda namun terdapat hadis-hadis yang menceritakan perwatakan dan paras rupa Rasulullah yang dimuatkan dalam buku ini.

Buku ini juga memaparkan Perjalanan hidup Rasulullah bermula dari kelahiran, saat kanak-kanak hingga dewasa, isteri-isteri yang menemani sepanjang hidup Baginda, anak-anak dan cucu, sahabat-sahabat dan pembantu Baginda di sepanjang hayat Baginda menyampaikan risalah tauhid.

SIAPA YANG PERLU MEMILIKI BUKU INI
Buku BIOGRAFI AGUNG RASULULLAH ini harus dimiliki oleh seluruh umat Islam yang merindui, mencintai dan mengharapkan syafaat Baginda. Buku ini adalah sebahagian kecil usaha untuk kita sama-sama mengenal Rasulullah dan terus kekal rasa cinta kita kepada Baginda.
Firma Allah SWT di dalam surah al-Ahzab ayat 56 yang bermaksud;
“Sesungguhnya Allah SWT dan Para MalaikatNya berselawat(memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi Muhammad SAW. Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”

*Boleh dapatkan buku ini segera hubungi saya fahmie 0196515135
Buku berkulit tebal dan berwarna.
MRBK1060 Biografi Agung Rasulullah
Rusydi Ramli Al - Jauhari
RM75 (termasuk postage semenanjung malaysia)

No comments:

Post a Comment