Tuesday, April 20, 2010

Honda Civic Type R Empat Pintu ditamatkan jualan

KUALA LUMPUR - Honda Malaysia Sdn. Bhd. (Honda Malaysia) menamatkan penjualan kereta Honda Civic Type R Empat Pintu susulan pengumuman daripada Honda Motor Co. Ltd. (Honda Motor) di Jepun bahawa ia tidak akan meneruskan pengeluaran kereta tersebut.

Malah pengeluaran model kenderaan itu akan ditamatkan menjelang akhir bulan Ogos depan.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toru Takahashi berkata, penamatan penjualan model itu mengambil kira aspek alam sekitar iaitu tahap bahan cemar dan permintaan pasaran ketika ini.

"Masanya telah tiba untuk menghentikan pengeluaran model Civic Type R Empat Pintu.

"Kami berbangga model Civic Type R berjaya memenuhi misinya iaitu memberikan pengalaman dan keseronokan pemanduan kepada pemiliknya di negara ini,'' katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

sumber: kosmo

Kompaun JPJ naik 333 peratus

KUALA LUMPUR - Para pemilik kenderaan dan pengguna jalan raya perlu lebih berhati-hati selepas ini berikutan kadar kompaun maksimum kesalahan jalan raya akan dinaikkan daripada RM300 kepada RM1,000 tidak lama lagi.

Kenaikan kira-kira 333 peratus itu berikutan pindaan ke atas Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang akan dikuatkuasakan kelak.

Peruntukan itu adalah antara 51 Fasal pindaan yang terkandung di dalam Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Rahim Bakri di Dewan Rakyat semalam.

Antara pindaan lain yang dicadangkan termasuk menaikkan umur kelayakan memohon lesen memandu motosikal daripada 16 tahun kepada 17 tahun. Penalti bagi kesalahan melanggar umur kelayakan itu juga dinaikkan daripada tidak melebihi RM2,000 kepada tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak lebih daripada RM5,000

sumber: KOSMO

Tuesday, April 13, 2010

Masuk ke politeknik dipertingkatkan

Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
utusanperak@utusan.com.my
IPOH 5 April - Kementerian Pengajian Tinggi kini dalam usaha melakukan transformasi menyeluruh bagi menjadikan politeknik sebagai institusi pilihan yang menawarkan program berkualiti dan setanding dengan institusi pengajian tinggi (IPT) lain.

Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia kementerian itu, Ku Maharum Ku Yaacob berkata, usaha tersebut telah dimulakan sejak tahun lalu melalui pemisahan pengajian politeknik dan kolej komuniti.

''Bagi melaksanakan transformasi itu, kementerian akan meningkatkan kemasukan ke pengajian tinggi melalui penyediaan lebih banyak tempat dan peluang melanjutkan pelajaran dalam sistem politeknik.

''Kita akan meningkatkan kompetensi pembangunan ilmu melalui penaiktarafan secara berperingkat semua politeknik untuk menyediakan kursus bertaraf diploma dan ke atas serta mengurangkan secara berperingkat program sijil dan kemahiran yang nilai tambahnya rendah," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan sidang pertama Majlis Konvokesyen Politeknik Ungku Omar (PUO) Ke-39 di sini hari ini.

Pada sesi hari ini, seramai 755 pelajar institusi tersebut menerima sijil dan diploma masing-masing yang disampaikan oleh Ku Maharum.

Dalam majlis tersebut, Sho Zee Liang dan Mohamad Solehin Mohamed Sunar menerima Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum Jabatan Kejuruteraan Elektrik bagi peringkat diploma manakala Jamley Mike dan Noor Mazni memenangi anugerah sama bagi peringkat sijil.

Menurut Ku Maharum, pelan transformasi itu bakal menjadikan sektor pengajian teknikal dan politeknik sebagai pilihan pelajar untuk melanjutkan pengajian dalam bidang kemahiran dan teknikal.

''Pelan itu bermatlamat menghapuskan persepsi am yang selama ini mendakwa sistem pengajian politeknik hanyalah laluan peluang kedua untuk para pelajar.

''Mentaliti lapuk yang beranggapan bahawa politeknik hanya berfungsi memberikan pendidikan kepada semi profesional dan pendidikan asas berteraskan kemahiran semata-mata harus disingkirkan," ujarnya.


sumber: Utusan Malaysia

Tuesday, April 6, 2010

LOGO HALAL diperdagangkan dengan mudahnya




sumber: http://www.muslimconsumer.org.my

seakan barang dagangan yang mudah dijual beli...adakah ini suatu tang sah disisi undang2??

anda sajalah yang boleh membuat penilaian

Bahaya Kencing Tikus

Jangkitan kuman kencing tikus atau leptospirosis yang jarang berlaku itu dipercayai menular daripada haiwan kepada manusia dan kebiasaannya terjadi secara kebetulan.

Menurut Pakar Perunding Veterinar, Dr. Intan Suriati Abdul Manaf, leptospirosis ialah penyakit berjangkit disebabkan bakteria Leptospira sp. yang sangat tipis dan berbentuk pilin seperti mata gerudi.

Bakteria Leptospira juga boleh hidup dalam air tawar selama sebulan malah ia juga boleh membiak di air masin.

“Banyak haiwan yang boleh menjadi pembawa kepada bakteria Leptospira, tidak kira ia haiwan peliharaan seperti kucing, arnab, lembu, babi, kuda, anjing dan haiwan liar lain seperti rakun dan serigala.

“Bagaimanapun, tikus dikesan sebagai penyebar utama bakteria ini kerana kitaran hidupnya yang suka makan dan tinggal di tempat kotor (menjadi tempat bakteria Leptospira membiak).

“Iklim negara yang lembap menjadi faktor terbaik kepada pembiakan bakteria ini. Malah, pada suhu sederhana ia boleh hidup lebih lama,” katanya.

Tambah Intan, kitaran hidup tikus yang cepat membiak dan sukar dikawal membantu penyebaran bakteria dengan lebih meluas.

“Jangka hayat tikus betina adalah di antara dua dan tiga tahun tetapi ia sudah boleh bunting dan aktif seks hanya dalam tempoh enam minggu.

“Setiap kelahiran, tikus boleh melahirkan lima hingga tujuh ekor anak tikus. Tikus betina boleh bunting sebaik melahirkan anak,” kata Intan.

Secara purata, dalam kitaran hidup seekor tikus betina, ia boleh bunting sehingga 28 kali dan melahirkan sehingga 170 ekor anak.

Tikus gemarkan sampah dan air bertakung seperti di lorong belakang hotel terkemuka, kolong bawah tanah hinggalah ke petak sawah atau kandang kuda. Rumah yang dijaga rapi juga tidak terkecuali daripada menjadi sasaran makhluk perosak tersebut.

“Bakteria Leptospira akan tersebar melalui cecair yang dikeluarkan oleh tikus seperti air kencing, air liur, darah, air mani dan najis.

“Malah, tikus betina yang bunting boleh memindahkan bakteria tersebut kepada anak dalam kandungannya.

“Bakteria daripada kencing tikus juga boleh tersebar melalui air atau tanah. Menyentuh pokok atau tanah lembap yang tercemar juga boleh memindahkan bakteria kepada manusia.

“Oleh sebab itu, saya mengesyorkan pemakaian sarung tangan sewaktu melakukan kerja-kerja berkebun dan basuh tangan menggunakan antiseptik,” kata Intan.

Menurut beliau, jangkitan terus bakteria Leptospira daripada tubuh tikus jarang dilaporkan sebaliknya terjadi apabila haiwan peliharaan seperti kucing atau anjing meminum air dari lopak yang sudah dicemari dengan kencing tikus.

“Kebiasaannya kucing yang meminum air dari tempat bertakung yang telah dicemari kencing tikus berisiko tinggi untuk mendapat leptospirosis.

“Pemilik kucing yang membersihkan kucing dan tersentuh dengan kencing, air liur, tisu atau permukaan lembap lain juga akan terdedah kepada jangkitan ini,” ujarnya.



Simptom penyakit hanya akan muncul dalam masa empat hingga 12 hari selepas kuman atau bakteria Leptospira menjangkiti haiwan atau manusia.

“Lazimnya, bakteria ini boleh memasuki badan manusia melalui luka atau tisu lembut seperti dalam mulut, hidung atau mata. Jika kita pegang haiwan yang dijangkiti leptospirosis dan makan tanpa mencuci tangan, bakteria tersebut akan turut memasuki tubuh sebelum memasuki saluran darah.

“Bakteria ini akan menggerudi sel-sel dalam badan termasuk hati dan buah pinggang. Malah, dua organ tersebut adalah lokasi utama pembiakan bakteria ini.

“Akibatnya, sel-sel organ penting haiwan yang diserang bakteria ini akan rosak dan gagal berfungsi manakala pembuluh darah akan pecah sehingga membawa kepada kencing berdarah,” jelas Intan.

Dalam kes serius, leptospirosis boleh menyebabkan kematian. Tahap jangkitan berbeza antara individu atau haiwan mengikut daya ketahanan masing-masing.

“Sukar untuk mengenal pasti jangkitan ini pada peringkat awal kerana simptom yang ditunjukkan sangat umum.

“Pemeriksaan terperinci melibatkan ujian makmal, ujian darah, analisis air kencing dan beberapa ujian lain perlu dilakukan sebelum mengetahui ia berpunca daripada Leptospira,” ujarnya.

Kata Intan, simptom akan menjadi lebih serius apabila penyakit memasuki fasa kedua dan ketiga kerana ia boleh menyebabkan kegagalan fungsi buah pinggang dan kerosakan hati.

“Apabila dijangkiti, biasanya bakteria Leptospira mengambil masa sekitar 10 hari untuk sampai ke organ penting sebelum menimbulkan gejala.

“Dalam tempoh ini, rawatan sewajarnya perlu diberikan untuk mengelak komplikasi tidak diingini,” kata Intan.

Seperti jangkitan bakteria lain, leptospirosis boleh dirawat dengan mengambil antibiotik seperti penisilin, streptomisin, eritromisin, tetrasiklin dan doksisiklin.

“Kos ujian mengenal pasti bakteria Leptospira tinggi sehingga menyebabkan kebanyakan pemilik haiwan yang dijangkiti kuman itu hanya mengambil rawatan berdasarkan simptom yang ditunjukkan haiwan peliharaan mereka.

“Untuk tujuan itu, antibiotik adalah pilihan utama namun ia tidak akan membunuh bakteria itu sepenuhnya sebaliknya hanya meredakan simptom jangkitan seperti demam panas, muntah, cirit-birit atau demam kuning.

“Malah selepas tiga bulan ia sihat secara klinikalnya, bakteria itu masih ada di tubuhnya,” jelasnya.


sumber: http://www.kosmo.com.my


Beringatlah Sebelum Kena...

Terapi Warna




Pernahkan anda semua dengar tentang CVT???


Colour Vibration Therapy, atau CVT merupakan perawatan pertama seumpamanya di dunia yang dipelopori oleh Prof. Emeritus Dr. Sir Norhisham Wahab di mana beliau telah berjaya menggabungjalinkan getaran cahaya, warna dan bunyi sebagai kunci utama bagi merawat pesakit daripada hampir keseluruhan jenis penyakit. Malah paling utama CVT bukan sahaja bersandarkan kepada fakta dan pengkajian sains, tetapi ia juga turut menerapkan unsur-unsur keagamaan. Perawatan ini membenarkan pesakit untuk pulih secara semula jadi tanpa sebarang kesan sampingan.




CVT dengan terapi getaran warna adalah menyingkap berbagai rahsia cahaya dan bunyi. Dua unsur cahaya iaitu bulan dan matahari amat banyak menemukan jawapan berbagai persoalan yang relevan dengan tenaga yang kita miliki. Unsur atom dalam cahaya dapat mengaktifkan sel-sel tubuh dengan cara meneutralkan gelombang elektromagnetik dan elektrokimia yang tercemar daripada berbagai radiasi dan keracunan.

CVT dalam rawatannya menangani penyakit adalah dengan mengenali warna dalam perspektif penyakit. Ragam, perangai, tingkah laku, cara berfikir, perasaan, semangat, perlakuan dan tindak tanduk setiap individu berkait rapat dengan inspirasi warna. Umpamanya ramai yang menyukai warna-warna tertentu sebagai warna kegemaran tetapi tanpa disedari itulah lambang kelemahan tenaga yang sedang dilaluinya.




sumber:http://colourtherapy.com.my


Cubalah....

Monday, April 5, 2010

Khasiat Kurma Kismis & Madu....

Sabda Rasulullah s.a.w

"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.
Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s.Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w.
Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis.Apa yang harus puan buat, makanan manis2 yang lain puan jauhkanlah. Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

1) KURMA

Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat".

"Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)".

Abu Abdillah a.s. bersabda:
"Buah kurma adalah salah> satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".

Abu Abdillah a.s. bersabda:
"Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan".

Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. bersabda:
"Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".


2) KISMIS

Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".

"Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih"..

Imam Ali a.s. bersabda:
"Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".

"Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa".

Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan
menyehatkan jiwa".


3) MADU

Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasehat Al-Qur'an,
maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".

"Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".

"Sebaik-baik minuman ialah madu karena dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".

"Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai obat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".

Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda:
"Madu adalah obat dari segala penyakit,tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda:
"Rasul saw sangat menyenangi madu".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda:
"Biasakanlah dirimu memperoleh dua obat yaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".



Sekadar Perkongsian....

Sunday, April 4, 2010

MLM 100% Berlandaskan Syariah

1) Produk dijual pada harga PASARAN. Produk-produk Telaga Biru bukanlah sesuatu yang baru yang mana ianya TELAH dan MASIH dipasarkan secara konvensional di kedai-kedai buku seperti MPH Book Store, Popular dan lain-lain. Di STORM, produk-produk ini masih boleh diperolehi pada harga yang sama seperti di tempat-tempat lain. Jadi tiada sebarang unsur penindasan kepada pembeli dengan menaikkan harga produk ke sesuatu tahap harga tertentu disebabkan rasional untuk membayar komisyen atau bonus kepada Ahli.

2) Semua jenis pendapatan di dalam Pelan Pemasaran STORM mempunyai akad-akad tertentu yang sah di sisi Syariah. AKAD ini adalah sesuatu yang SANGAT PENTING yang menghalalkan sesuatu urusan. Contoh mudah : dengan AKAD NIKAH yang hanya 2-3 minit, sebuah pasangan bukan mahram yang sebelum ini diharamkan bersentuhan, kini sudah HALAL untuk mereka berbuat apa sahaja termasuklah menjalin hubungan kelamin. Di STORM, ada AKAD-AKAD tertentu yang sah di sisi syariah yang menjadikan sumber pendapatan itu HALAL dan TOYYIB.

3) Tiada unsur-unsur PEMAKSAAN BELIAN dikenakan kepada ahli (maintenance purchase), sebaliknya lebih menekankan kepada prinsip PRESTASI JUALAN. Disamping itu STORM juga mempromosikan konsep kerjasama "bertolong-tolonglah kamu dalam kebaikan" seperti yang diajarkan di dalam Al-Quran.

4) Bisnes STORM bukan suatu skim yang mementingkan PENCARIAN KEPALA atau ahli baru semata-mata di mana produk hanya dijadikan sebagai syarat (asalkan ada produk). Malah ada setengah-setengah skim yang tidak mempunyai sebarang PRODUK langsung! Bisnes STORM didasari oleh PRODUK yang benar-benar mempunyai NILAI, dijual pada HARGA PASARAN (harga tidak meningkat pelik), dan didasari oleh AKAD-AKAD YANG SAH DI SISI SYARIAH.

5) Cara promosi mesti jelas, tiada unsur trick atau gharar














sumber: Hafiz Toha

Berminat untuk mengambil bahagian sila email kepada miestormreaders.gmail.com

Saturday, April 3, 2010

Dato Najib Setahun Sebagai Perdana Menteri Malaysia


Perdana Menteri Malaysia

Impian sepanjang hayat Perdana Menteri Malaysia Ke-6, Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak, ialah satu Malaysia yang bersatu padu, aman dan makmur, dengan peluang yang bukan sedikit untuk semua rakyat.

Sebagai putera kepada Perdana Menteri Malaysia Ke-2, Allahyarham Tun Abd Razak, Najib dilahirkan di tengah-tengah gelanggang politik. Najib membesar dengan memerhatikan bapanya serta memahami kehendak politik arus perdana. Beliau sentiasa mengerti bahawa bila sampai waktunya beliau juga mahu berbakti kepada masyarakat dan negara. Namun pemergian bapanya pada ketika yang tidak dijangka, 14 Januari 1976, ketika menjejaki usia 54 tahun, telah menyorongkan Najib ke hadapan sehingga menjadi tumpuan utama. Lima minggu selepas pemergian bapanya, pada usia 22 tahun, Najib telah terpilih untuk mengisi kekosongan kerusi Parlimen Pekan, menjadikan beliau Ahli Parlimen yang paling muda dalam sejarah Malaysia. Pada 2004, beliau telah menyandang jawatan kedua tertinggi dalam negara sebagai Timbalan Perdana Menteri, 47 tahun setelah bapanya dilantik ke jawatan yang sama.

Dato' Sri Mohd Najib dilahirkan pada 23 Julai 1953 di Kuala Lipis, Pahang. Beliau telah mendapat pendidikan di St. John’s Institution, Kuala Lumpur dan Malvern Boy’s College, Worcestershire, England sebelum menamatkan pengajian peringkat ijazah dalam bidang Ekonomi Perindustrian daripada Nottingham University. Sekembalinya ke Malaysia pada 1974, beliau telah menyertai dunia korporat bila berkhidmat untuk satu waktu yang singkat dengan Bank Negara, kemudiannya beralih ke PETRONAS (perbadanan petroleum negara) sebagai Pengurus Hal Ehwal Awam. Namun pemergian Tun Abd Razak secara tiba-tiba itu telah merobah corak kehidupan beliau secara dramatik.

Syabas diucapkan Kepada Dato Seri Najib Tun Razak


sumber: http://www.1malaysia.com.my

AL FATIHAH BUAT ARWAH MIOR AHMAD FUAD MIOR BADRI (DIN BERAMBOI)



PEMERGIANNYA ADALAH SATU KEJUTAN BAGI SAYA DAN JUGA KEHILANGAN BESAR DIDALAM DUNIA HIBURAN TANAH AIR..SUNGGUH TIDAK DISANGKA ARWAH MENIGGALKAN KITA DALAM SEKELIP MATA SAHAJA.....

SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KEATAS ROH BELIAU DAN DITEMPATKAN DIKALANGAN MEREKA YANG BERIMAN...AMIN....



Friday, April 2, 2010

ISU halal Masih Belum Selesai



hurm....ada ketikanya bila berbual atau bincangkan tentang isu halal nie...dirasakan..umat islam nie akan sentiasa berada didalam keadaan was-was dalam pemilihan produk2 halal yang berada di malaysia nie....pihak berkuasa pun.. seperti tidak dapat berbuat apa-apa berkenaan hal ini...terpanggil untuk menulis blog nie adalah selepas menghadiri seminar kepenggunaan yang dianjurkan oleh KPDNKK baru2 nie....yang mana isu tentang sijil halal nie adalah syarat voluentary(secara sukarela) untuk dipohon....pelik juga..

selepas seminar itu...terpanggil pula apabila menonton aduan rakyat berkenaan satu food court di JUSCO Bukit Tinggi Klang....mula2 tentang harga yang mahal, selepas tue sijil halal yang meragukan dan tamat tempoh serta isu tentang pekerja asing yang menyalahgunakan pas untuk bekerja dimalaysia.....dalam paparan tersebut, dilihat ramai pengguna2 muslim seakan tidak kisah akan makanan yang dimakan....selamba jer makan...


dalam minggu yang sama juga, rancangan SOAL JAWAB juga membincangkan tentang isu yang sama, tapi kali ini wakil NGO dipanggil bagi membincangkan hal ini. Dato Nadzim setiausaha PPIM (persatuan pengguna islam malaysia). Dengan agak sinis beliau menyatakan yang pihak yang berkenaan yang mengeluarkan sijil2 dan logo halal ini seakan sambil lewa dan tidak ambil berat tentang prosedur pengeluaran sijil tersebut. Dalam masa yang sama ada betulnya apa yang Dato katakan iaitu, negara kita tiada AKTA HALAL yang akan melindung pengguna-pengguna daripada memakan atau membeli barangan yang tidak halal, begitu juga kepada pengeluar-pengeluar makanan itu sendiri.


dimanakah hak kita sebagai pengguna islam.......








so renung-renungkan la dan selamat beramal




Thursday, April 1, 2010

UCAPAN PERMULAAN

Assalamualaikum...


terima kasih diucapkan kepada semua bloggers yang melawat blog saya ini, tujuan blog ini diwujudkan adalah tempat dimana saya boleh berkongsi pengetahuan, pendapat dan juga pengalaman saya dengan pembaca sekalian.....