Friday, April 2, 2010

ISU halal Masih Belum Selesai



hurm....ada ketikanya bila berbual atau bincangkan tentang isu halal nie...dirasakan..umat islam nie akan sentiasa berada didalam keadaan was-was dalam pemilihan produk2 halal yang berada di malaysia nie....pihak berkuasa pun.. seperti tidak dapat berbuat apa-apa berkenaan hal ini...terpanggil untuk menulis blog nie adalah selepas menghadiri seminar kepenggunaan yang dianjurkan oleh KPDNKK baru2 nie....yang mana isu tentang sijil halal nie adalah syarat voluentary(secara sukarela) untuk dipohon....pelik juga..

selepas seminar itu...terpanggil pula apabila menonton aduan rakyat berkenaan satu food court di JUSCO Bukit Tinggi Klang....mula2 tentang harga yang mahal, selepas tue sijil halal yang meragukan dan tamat tempoh serta isu tentang pekerja asing yang menyalahgunakan pas untuk bekerja dimalaysia.....dalam paparan tersebut, dilihat ramai pengguna2 muslim seakan tidak kisah akan makanan yang dimakan....selamba jer makan...


dalam minggu yang sama juga, rancangan SOAL JAWAB juga membincangkan tentang isu yang sama, tapi kali ini wakil NGO dipanggil bagi membincangkan hal ini. Dato Nadzim setiausaha PPIM (persatuan pengguna islam malaysia). Dengan agak sinis beliau menyatakan yang pihak yang berkenaan yang mengeluarkan sijil2 dan logo halal ini seakan sambil lewa dan tidak ambil berat tentang prosedur pengeluaran sijil tersebut. Dalam masa yang sama ada betulnya apa yang Dato katakan iaitu, negara kita tiada AKTA HALAL yang akan melindung pengguna-pengguna daripada memakan atau membeli barangan yang tidak halal, begitu juga kepada pengeluar-pengeluar makanan itu sendiri.


dimanakah hak kita sebagai pengguna islam.......








so renung-renungkan la dan selamat beramal




No comments:

Post a Comment