Amaran Rasulullah s.a.w. dalam satu hadisnya yang diriwayatkan oleh At- Tarmizi di dalam al-Sunan yang bermaksud: “Daripada Ali bin Abi Talib (karamallah huwajha), sabda Rasulullah s.a.w: “Apabila umatku melakukan 12 perkara, maka nyatalah kepada mereka bala bencana. Lalu para sahabat bertanyanya: Apakah dia wahai Rasulullah? Sabda Rasulullah s.a.w:
1-- Apabila harta negeri menjadi milik yang berpusing di kalangan orang-orang yang tertentu,
2- apabila amanah dianggap peluang untuk mendapat harta,
3-apabila zakat dianggap cukai,
4- apabila lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya,
5- apabila dia memuliakan kawannya dan berkasar terhadap bapanya,
6- apabila hingar bingar di dalam masjid,
7- orang yang menjadi ketua di kalangan kaum ialah orang yang paling jahat dan hina,
8- dimuliakan seseorang kerana takutkan kejahatannya,
9- minum arak,
10- dipakai sutera oleh kaum lelaki,
11- penyanyi-penyanyi wanita dan alat-alat muzik untuk dipuja,
12- orang-orang yang akhir di kalangan umat ini mengutuk orang yang terdahulu,
maka tunggulah ketika itu bala bencana yang menimpa mereka, sama adaangin ataupun bumi yang menyapu mereka.
” Hadis baginda s.a.w. yang boleh disifatkan sebagai menggerunkan ini merupakan satu amaran kepada umat Islam, umat Muhammad s.a.w, walaupun mereka menjadi umat pilihan yang disifatkan oleh Allah di dalam al-Quran yang bermaksud: “Kamu adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia, kamu menyuruh kepada yang baik, kamu mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah.” (Surah Ali Imran: 110)
Apabila umat Islam meninggalkan kewajipan ini, bahkan berlakunya maksiat di kalangan mereka, tetapi mereka lupa kepada Allah dan Rasul, meninggalkan ajaran agama, maka berlakulah maksiat yang diberi amaran oleh Nabi s.a.w. Maksiat yang berlaku di semua peringkat, daripada peringkat orang yang memerintah sehinggalah kepada peringkat rakyat bawahan.
Reruntuhan akhlak yang berlaku seperti masjid yang menjadi tempat beribadat tidak dihormati supaya dikerjakan ibadat di dalamnya, dipenuhi dengan zikrullah, dengan majlis ilmu, mengingatkan manusia kepada syariat Allah, menunaikan perintah Allah, meninggalkan larangannya, berzikir, bertasbih, bertahmid, bertahlil, berdoa, memuji dan memuja Allah SWT.
Pakaian yang tidak bersopan yang dikhususkan kepada orang-orang perempuan bahkan diharamkan kepada orangorang lelaki dipakai oleh orang-orang lelaki, seperti sutera, sebagaimana amaran Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Allah melaknat orang-orang lelaki yang menyerupai perempuan dan orang-orang perempuan yang menyerupai lelaki.” Amaran Rasulullah s.a.w tidak diendahkan.
Berlakunya hiburan-hiburan yang melekakan manusia daripada ingatkan Allah, ingatkan mati, ingatkan hari akhirat.
Mereka bersuka ria untuk memuaskan hawa nafsu dengan mengambil penyanyi-penyanyi wanita.
Kaum wanita yang menjadi aurat yang sepatutnya dalam keadaan tertutup seperti yang diperintah oleh Islam, mereka dibenarkan terbuka di dalam perkara ilmu, dalam perkara menunaikan haji, dalam perkara ketaatan yang diizinkan oleh Allah SWT, mereka tidak boleh bebas melakukan unsurunsur maksiat dan menjadi punca maksiat-maksiat.
Kenapa Allah SWT menurunkan bala ke atas hamba-Nya?.
Tapi apakah sebenarnya bala itu? Bala yang diambil dari perkataan Arab iaitu ìbalaíî bermakna hukuman daripada Allah akibat salah laku manusia kerana mengingkari sepenuhnya atau sebahagian daripada perintah Allah SWT.
Bala ini pernah terjadi di zaman para anbiya sebelum Nabi Muhammad s.a.w, seperti yang diceritakan oleh Allah dalam al-Quran menerusi ayat 133 surah al-’Araf~ yang bermaksud : “Telah Kami kirimkan ke atas mereka (umat Nabi Musa) ribut taufan, belalang, kutu, katak dan darah, sebagai tanda yang cukup jelas keingkaran mereka terhadap ajaran Nabi Ibrahim, mereka menyombong diri dan sesungguhnya mereka adalah golongan penjenayah (yang melakukan kerosakan di muka bumi).”
Begitu juga Allah menceritakan mengenai kaum Nabi Lut yang melakukan perbuatan terkutuk yang disifatkan oleh Nabi Lut sendiri sebagai perbuatan yang tidak pernah berlaku di dunia sebelum itu, maka Allah musnahkan mereka tanpa memberi peluang untuk mereka bertaubat ke jalan kebenaran, sila rujuk ayat 81 surah al-’Araf~.
Thursday, March 31, 2011
Wednesday, March 30, 2011
mystormkids edutainment web portal
MyStormKids.com adalah sebuah web portal pendidikan-hiburan (edutainment) dibina khusus untuk kanak-kanak Muslim. Sesuai untuk semua kanak-kanak pra-tadika dan sekolah rendah. MyStormkids.com diperkenalkan bagi mengujudkan sebuah laman web yang mampu menyampaikan ilmu dengan cara yang menyeronokkan disamping membantu dalam membimbing mereka ke arah pembentukan jati diri seorang Muslim yang sejati.
MyStormkids.com dibahagikan kepada 7 kategori yang menarik;
1.Mylife – menekankan Islam sebagai cara hidup-. Ada beberapa panduan khususnya cara bersolat, cara bertilawah, cara beradab, cara berakidah dan belajar bahasa Arab.
2.Brainfood – fakta-fakta sejarah Islam.
3.Chillout – Aktiviti berdoa, uji pengetahuan mewarna, bercerita, belajar tulisan khat dan ruangan muat turun.
4.Gamespot – ruangan ‘hot untuk kanak-kanak’ – ruangan uji minda dengan bermain’ games’.
5.Buddies - ini adakah ruangan ‘facebook untuk kanak-kanak’. Anda boleh menghantar surat, e-kad dan apa saja kepada rakan-rakan anda.
6.Speakout - adalah charting-room untuk pelajar.
7.Eduzone adalah segmen BONUS yang mengkhususkan kepada pembelajaran secara formal (termasuk latihan UPSR) berpandukan kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia.
MyStormkids.com juga boleh dianggap sebagai 'facebook untuk kanak-kanak' kerana mereka boleh berkomunikasi diantara kumpulan geng mereka, memuat-turun gambar dan banyak lagi yang menarik. Kandungan dan bahan pembelajaran akan sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa.
TAWARAN ISTIMEWA
MyStormkids.com boleh dilanggan melalui STORMREADERS NETWORK dengan harga RM300.00 setahun. Sekiranya pembelian dibuat di E-Net anda sendiri (Pejabat Online - Personal Shopping Cart), yakni pembelian anda terus melayakkan anda menjadi PENGEDAR ( Bayaran Keahlian + mystormkids.com <=> RM90 + RM300 = RM390 ), maka SPONSOR (UPLINE) ANDA berpeluang mendapat bonus tambahan sebanyak RM30. Untuk keterangan lanjut sila hubungi wakil pengedar Stormreaders.
BAGAIMANA CARA MELANGGAN MYSTORMKIDS.COM
1. Semua pembelian hendaklah dibuat melalui E-Store iaitu Kedai Online Stormreaders Network. (http://www.stormreaders.net/fahmie).
2. Sekiranya anda bukan ahli Stormreaders, anda boleh membuat pembelian melalui ahli stormreaders ataupun anda daftar sebagai ahli Stormreaders.
3. Carian produk => SEARCH: storm
4. Teruskan membuat pembelian.
5. Setelah pembelian anda disahkan, anda akan mendapat satu e-mail makluman berhubung dengan katalaluan.
6. Anda gunakan katalaluan tersebut untuk LOGIN di www.mystormkids.com
BERMINAT!!! SILA LAYARI WEBSITE DIBAWAH ATAU HUBUNGI FAHMIE 0196515135
http://www.stormreaders.net/fahmie
Minda separa sedar – sembahyang sebagai meditasi
Dalam usaha kita nak mencapai kejayaan, kita kena banyak belajar tentang minda separa sedar dan mengkaji bagaimana minda separa sedar berfungsi. Kita kena mengkaji cemana nak mengawal aliran kuasa minda, bukan kita yang dikawal oleh aliran tenaga minda separa sedar kita sendiri.
Minda separa sedar sensitif pada emosi. Sebab itulah untuk membuat minda separa sedar menarik apa yang kita mahukan, kita kena menjaga emosi. Kena sentiasa beremosi baik sepanjang masa, tiap saat, tiap ketika. Orang-orang berjaya bijak megawal emosi sebab itulah jika Anda perhatikan mereka, air muka mereka tenang saja.
Anda boleh berlatih mengawal emosi melalui meditasi.
Pakar minda separa sedar sepakat mengatakan Anda memerlukan paling kurang 5-7 minit sehari bermeditasi supaya Anda dapat mengawal emosi lantas dapat mengawal perkara-perkara yang selalu bersimpang-siur di fikiran Anda.
Meditasi adalah mendiamkan diri, menenangkan diri, relaks dan mengawal kadar pernafasan untuk beberapa minit. Untuk menenangkan diri, Anda kena kosongkan fikiran, iaitu melupakan hal-hal lain. Kita bermeditasi supaya kita dapat merasai ketenangan. Ni semua kita dapat rasa ketika menyempurnakan sembahyang fardhu.
Kita disarankan khusyuk dalam sembahyang, tenang dan jangan biarkan fikiran melayang. Itu samalah ngan meditasi, yang bestnya kita wajib buat 5 kali sehari. Selain meditasi biasa, Anda boleh jadikan sembahyang sebagai meditasi.
Untuk membuat meditasi Anda meditasi cemerlang, tenangkan diri setenang yang mungkin. Kemudian, selepas selesai sembahyang, berusahalah untuk mengekalkan rasa ketenangan tu sehingga ke waktu sembahyang yang seterusnya.
Ini sebagai latihan permulaan saja. Ada lagi panduan-panduan lain di artikel motivasi akan datang.

Minda bawah sedar – bagaimana minda bawah sedar memberi respon kepada kemahuan Anda
Saya percaya untuk kita nak bahagia, nak berjaya, nak ceria, kita perlu faham cemana minda bawah sedar kita bekerja supaya tak le kita yang dikawal oleh minda, sebaliknya kita yang mengawal minda bawah sedar kita.
Tujuannya? Supaya kita boleh membentuk situasi-situasi yang datang dan pergi dalam hidup kita terutama situasi-situasi di masa akan datang.
Ramai orang dah habis membaca buku The Secret tapi ramai juga yang jadi keliru mengenai konsep yang diketengahkan oleh buku The Secret simply sebab masih keliru bagaimana minda bawah sedar memberi respon kepada kemahuan-kemahuan kita.
Minda bawah sedar memberi respon pada kemahuan kita melalui gambaran mental yang kita selalu mainkan berulang-ulang di fikiran.
Lebih banyak kita mainkan gambaran mental tu, lebih kuatlah minda bawah sedar memahami itulah dia apa yang kita mahukan.
Contohnya, lebih banyak kita tengok iklan yang dimainkan di tv, lebih banyak kita ingat iklan tu time fikiran kita melayang-layang. Kita kenail iklan tu iklan apa.
Gitu jugalah minda bawah sedar kita – ia respon pada gambaran mental dan emosi kita ketika itu, dirakam lalu disimpan.
Bila Anda nakkan sesuatu, munculkan keinginan yang amat kuat untuk memilikinya. Gambarkan seolah-olah apa yang Anda nakkan tu dah ada sekarang.
Anda gunakannya, Anda rasainya di tangan Anda, Anda gembira apa yang Anda nakkan dah ada.
Jangan gambarkan apa yang Anda mahu.
Sebaliknya, gambarkan yang Anda sedang menggunakan apa yang Anda mahu.
Gambarkan Anda sedang menikmati apa yang Anda mahu. Bukan memiliki, tapi menggunakan dan mengalaminya sendiri. Feelnya mesti kuat. Untuk membuat feelnya kuat, emosi Anda mesti kuat.
Contohnya, jika Anda mahu membeli sebuah kereta berjenama Infiniti, gambarkan yang Anda sedang menggunakan kereta tu dengan girang, bangga dan gembira.
Gambarkan sejelas mungkin yang Anda sedang memandunya, Anda lihat dengan jelas tangan Anda memegang sterengnya, telinga anda menangkap bunyi enjinnya, kulit Anda terasa sejuk dek kedinginan ‘ekon’ nya, hidung Anda menangkap bau sarung kulit yang dipasang dibangkunya.
Gambarkan sejelas mungkin, sekerap mungkin setiap hari supaya minda bawah sedar boleh membuat Anda berjumpa dengan kemahuan Anda tu secara kebetulan.
Jika Anda nak bahagia dan nak berjaya, gambarkan sekerap mungkin Anda SUDAH bahagia dan berjaya kemudian wujudkan kegembiraan, seperti kejayaan yang Anda nakkan tu sudah berlaku sekarang.
Gambarkan sekerap mungkin. Wujudkan ia di fikiran lalu fikirkan sepanjang masa.
Inilah cara untuk kita memberitahu minda bawah sedar apa dia kemahuan kita. Minda bawah sedar respon pada apa saja kemahuan kita, besar atau kecil, yang possible atau yang impossible.
Jika kemahuan kita besar, minda bawah sedar mengambil masa untuk merealisasikannya. Jika kemahuan kita kecil, minda bawah sedar mengambil hanya sedikit masa untuk merealisasikannya.
Kemahuan Anda mempengaruhi cara tindakan minda bawah sedar Anda.
Kemudilah emosi Anda, jadikannya positif sentiasa supaya kita ditemukan dengan situasi-situasi positif sentiasa.

Bagaimana minda separa sedar menarik apa yang Anda selalu fikirkan
Sains minda mengatakan, apabila kita memfokus fikiran pada sesuatu, gelombang elektromagnetik yang terpancar dari minda kita akan menarik apa saja yang berkaitan dengan perkara-perkara yang kita fikirkan tu. Tujuannya supaya fikiran-fikiran liar kita itu berubah menjadi realiti di dunia sebenar.
Minda separa sedar akan menarik orang perseorangan, situasi, perkara dan benda-benda berkaitan dengan apa yang kita fikirkan.
Dalam aspek lain, minda akan menemukan Anda dengan orang-orang tertentu, situasi-situasi tertentu dan perkara-perkara tertentu supaya Anda boleh dapat memiliki apa yang Anda hajatkan. Minda diset untuk menunaikan apa saja kemahuan Anda, bergantung pada cemana realistisknya perkara yang Anda mahukan tu.
Minda kita ini adalah tanda kekuasaan agung Allah Yang Maha Esa.
Minda kita adalah aset utama kita sebagai pakej pelengkap kepada kita untuk menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi. Hanya kerana kita ada minda, kita diangkat menjadi makhluk superior seperti yang di ceritakan dalam Al-Quran.
Apabila Anda kerap memikirkan kereta Satria Neo sebagai kereta fevret Anda, Anda akan perasan yang mata Anda cepat menangkap kereta Satria Neo kerap lalu-lalang, melintas bersimpang-siur di depan mata Anda. Mungkin ketika Anda sedang berada di dalam bas atau ketika sedang berada dalam kereta kawan, tiba-tiba ada sebuah kereta Satria Neo bergerak hampir dengan kenderaan yang Anda naiki.
Apabila Anda suka melihat wanita-wanita cantik dan Anda memang syok setiap kali terlihat wanita cantik, Anda akan perasan ramai wanita-wanita cantik lalu berhampiran dengan Anda ke mana saja Anda pergi. Jika Anda seorang gadis dan Anda syok melihat lelaki tampan yang segak, berkerjaya dan ganteng wajahnya, sudah pasti mata Anda akan terlihat ramai lelaki-lelaki sebegitu ke mana saja Anda pergi seolah-olah mata Anda sudah diprogram untuk mengesan mereka jika mereka ada berhampiran Anda. Mata Anda akan cepat menangkap kelibat lelaki-lelaki tampan di mana saja Anda berada. Megik kan?
Situasi-situasi tadi adalah contoh yang diambil dari dunia sebenar. Ia bukan megik, tapi itu kerja minda.
Anda yang selalu fikir semua tu maka ia didatangkan pada Anda, dimunculkan dalam hidup Anda, ditarik supaya dapat ditemukan dengan Anda.
Cubalah Anda fikirkan sesuatu yang Anda sukai. Anda akan perasan yang Anda kerap terjumpa, terserempak atau terserempak dengan perkara-perkara dan benda-benda berkaitan dengan apa yang Anda sukai tu.
Bahaya apabila kita selalu memikirkan masalah kerana kita akan menarik lebih banyak masalah.

MINDA DIBAWAH SEDAR
Kita boleh kawal minda sedar kita melalui penaakulan, pemikiran dan pengawalan kata-kata. Minda sedar adalah logik akal, juga dipanggil rasional, kerasionalan, kewarasan.
Kita memerlukan sedikit kemahiran untuk mengawal minda bawah sedar.
Minda bawah sedar tak berapa susah untuk dikawal.
Untuk mengawal minda bawah sedar, Anda perlu bertenang sepanjang masa. Di saat kita tenang, minda bawah sedar patuh kepada setiap arahan kita, sama ada arahan yang kita beri melalui kata-kata di fikiran atau arahan yang kita beri melalui gambaran fikiran.
Kita menggunakan minda bawah sedar tanpa kita sendiri menyedarinya. Tiap kali kita berfikir tentang masalah, taip kali itu jugalah minda bawah sedar menarik masalah datang ke dalam hidup kita sebab kita banyak berfikir tentang masalah. Jadi, elakkan berfikir terlalu banyak pasal masalah, nanti bertambah banyak masalah.
Tiap kali kita berfikir tentang kejayaan, tiap kali itu jugalah minda bawah sedar menarik kejayaan dalam ke datang hidup kita simply sebab kita banyak berfikir tentang kejayaan. Nak berjaya dalam hidup, kita kena lebih banyak berfikir tentang kejayaan – tentang kejayaan kita sendiri.
Minda bawah sedar ibarat enjin kereta yang hidup sepanjang masa. Kita kena kawal enjin tu, set arah ke mana kita nak tuju kemudian pandulah kereta tu berjalan menuju ke arah yang kita nak tuju.
Sesetengah orang memanggil minda bawah sedar sebagai minda separa sedar. Walau apapun nama yang Anda panggil, kedua-duanya tetap merujuk kepada benda yang sama. Dr Tuah Iskandar, pakar motivasi terkenal panggil minda separa sedar sebagai sub-cm dalam buku motivasi Membina Imaginasi Cemerlang.
Untuk kita jadi cemerlang, berjaya dan ceria, kita kena belajar mengenali minda bawah sedar selepas itu meransang kekuataannya melalui aktiviti kerohanian dan pemakanan. Kedua-duanya akan dikupas di artikel-artikel motivasi selepas ini.

Mengaktifkan kuasa minda separa sedar (minda segar)

Posted on October 31, 2010 by sitik
Kita biasa dengar orang kata, “kita adalah apa yang kita fikirkan”. Ungkapan ini memang benar dan ia berkait rapat dengan kuasa minda separa sedar, atau minda di bawah sedar atau istilah barunya minda segar, masing-masing. Minda di bawah sedar ini sebenarnya adalah enjin penggerak yang seakan-akan memberi kuasa kepada minda dan pemikiran untuk mencapai sesuatu hasrat atau impian. Apa-apa yang didengar, dilihat, difikirkan atau dipelajari, jika selalu diulang-ulang ia akan terus tersimpan di dalam minda separa sedar. Sekali sudah tersimpan ia tidak akan terpadam, boleh dikeluarkan atau diluahkan kadang-kadang secara tak disedari.
Ahli psikologi telah menggariskan beberapa teknik untuk menggunakan kuasa minda di bawah sedar ini untuk kejayaan seseorang. Di antaranya ialah dengan berkata kepada diri sendiri berulang-ulang kali perkara yang hendak disimpan dalam minda di bawah sedar ini, pada waktu pagi, petang dan sebelum terlena; dengan cara visualisasi (membayangkan dengan jelas) apa yang hendak dicapai; disertai dengan kemahuan atau emosi yang kuat untuk mencapai sesuatu itu. Semua ini akan terpahat (direkodkan) dalam minda di bawah sedar.
Artikel ringkas yang berkaitan boleh dibaca di bawah ini….
How to Activate Your Subconscious Power
If you understand your subconscious power, you will do two things. Make your subconscious mind believes that you are experiencing and feeling everything positive about life. You do this by “acting as if” and creating the images that you want to happen in your life.
Next, you direct the subconscious to move toward where you are heading or wanting to achieve. You create clear goals, think about them all the time and affirm them. The intelligence within will show you the solutions and provide you with ideas to make your dreams become reality.
Believe in its power
You have to start believing that whatever you think about and believe is accepted by your subconscious. Once you form this belief, you can start to stimulate it with ideas and suggestions to allow it to attract the events you wish to experience and people you want to meet.
Have control over your conscious thoughts
All assumptions and beliefs start with conscious thoughts. Once you consciously keep thinking about the same thing over and over again, it becomes habitual. You no longer need to think about it for your subconscious to deliver your behavior or emotions.
In order to change those thoughts that may have developed some of your thinking patterns and bad habits, you have to deliberately think new empowering thoughts. You have to develop the discipline to cancel and delete the negative and replace with new ones to give the subconscious a different direction to follow.
Focus your attention
You mind is always attending to something. Therefore in order to get what you want to achieve, you need to develop razor sharp focus. Only think about what you want. Thinking about your goals by visualizing and affirming them through pictures and words will activate your subconscious.
Pay attention to your language. What you say to yourself and your assumptions about the meanings people are telling you affect your thinking and feeling.
Repeat your instructions and make them vivid and specific
Repeated affirmations through words and visualizations are commands and instructions to your brain. Bombard your subconscious by repeating out loud or quietly to yourself what it is that you want to see in your reality.
If you have been trying hard and have not achieved success through this method, try using subliminal messages and images. It is a tool to help you change your mind about yourself and your life without having the subconscious resisting. Click for a free MindMaster trial.
Emotionalize
Powerful emotions fuel your desires and stimulate your subconscious power to deliver to you the results through your actions.
You now have a choice. To use your subconscious power to change your behavior and your life or let it run around as it always has.

Tuesday, March 29, 2011
BUKU
Buku ini menyingkap segala persoalan mengenai apakah pendekatan terbaik yang perlu diambil oleh pelajar sebelum, semasa malah selepas menghadapi peperiksaan. Ia turut menyediakan tiptip sebelum memasuki dewan peperiksaan, doa-doa khusus menghadapi peperiksaan, panduan membuat jadual study yang efektif dan sebagainya. Garapan serta olahan yang umum juga mebolehkan sesiapa sahaja yang bakal berdepan dengan peperiksaan boleh menjadikan buku ini sebagai panduan yang amat berguna.
Tuesday, March 22, 2011
10 Cara Atasi Gementar Ketika Berucap
Kebolehan berucap menjadi kriteria utama mengukur kemampuan anda berhadapan degnan sesiapapun. Sebagai contoh, pembentangan kertas kerja di hadapan ahli lembaga pengarah, pelanggan atau rakan sekerja memerlukan keberanian dan keyakinian diri yang tinggi. Contoh terdekat dalam Islam dan perlu dipraktikkan ialah apabila melihat kelantangan dan keberanian Asma' bt Yazid, seorang pemidato wanita terulung kerana keberanian dan kepandaiannya berhujah.
Perasaan gementar adalah perkara biasa bagi anda yang jarang memberikan ucapan di khalayak ramai. Ini menunjukkan anda seorang yang mahu melakukan yang terbaik. Walau bagaimanapun, perasaan gementar yang keterlaluan tidak akan membantu anda untuk maju kerana pihak atasan gagal melihat kebolehan anda berucap. Berikut adalah cara sesuai untuk anda mengawal perasaan gementar dan menjadikan ucapan anda lebih berkesan dan sukar dilupakan.
1. Biasakan diri dengan ruang atau tempat berhujah
Bagi membiasakan diri, datang awal ke tempat tersebut dan berlegar-legar di tempat sepatutnya anda akan berdiri dan memberi ucapan. Sekiranya kemudahan tersedia seperti pembesar suara, tiada salahnya anda mencuba kelantangan suara anda.
2. Kenal pasti penonton
Ucapkan salam kepada tetamu yang tiba. Berbual mesra dengan mereka sebelum anda diminta berucap bagi membiasakan diri. Apabila anda sudah kenal mesra, perasaan gementar akan beransur berkurangan apabila anda berdiri di hadapan mereka nanti.
3. Fahami isu yang akan diucap atau dibentangkan
Sekiranya anda tidak biasa atau kurang selesa dengan isu anda, perasaan gementar akan bertambah. Oleh yang demikian, buat latihan berucap sebelum tiba waktunya.
4. Bersantai
Jangan terlalu memikirkan bagaimana persembahan anda nanti. Jika tidak, anda hanya akan memberi tekanan pada diri sendiri. Apabila ini berlaku badan anda tidak mendapat rehat yang secukupnya.
5. Bayangkan diri anda sedang berucap
Bayangkan anda sedang memberi ucapan dengan nada suara yang jelas, kuat dan meyakinkan. Apabila anda membayangkan kejayaan anda berucap, anda akan lebih bersemangat dan pastinya akan berjaya. Insya Allah.
6. Yakini diri bahawa orang lain mahu anda berjaya menyampaikan ucapan
Penonton biasanya mahukan sesuatu yang baru, bermaklumat, menarik dan menghiburkan ketika mendengar ucapan. Sekiranya ucapan anda mempunyai kriteria ini, pastinya anda akan berjaya.
7. Jangan memohon maaf
Sekiranya anda menyatakan kegementaran atau memohon maaf kepada apa sahaja kesilapan yang anda lakukan sepanjang berucap, anda hanya akan membuatkan penonton mengimbas kembali dan cuba mengenal pasti di manakah kesilapan tersebut. Jangan sekali-kali melakukan perkara ini.
8. Tumpukan perhatian kepada isu utama
Fokuskan perhatian anda kepada isu utama bukan perkara-perkara yang remeh. Pastikan anda memberi penekanan yang jelas terhadap perkara tersebut.
9. Tukarkan perasaan gementar kepada tenaga positif
Kekuatan dalaman akan menukarkan perasaan gementar kepada tenaga positif dengan cara memberi perangsang kepada diri bahawa anda boleh melakukannya.
10. Kutip pengalaman
Pengalaman lama membina keyakinan diri dan ini adalah kunci kejayaan anda semasa memberi ucapan. Apa yang paling utama anda digalakkan membaca doa bagi menghilangkan perasaan gementar.

TIPS BERUCAP DENGAN SUARA YANG JELAS
Pembentangan yang baik merupakan penyampaian yang jelas dan tepat. Jelas juga bukan sahaja melalui penjelasan, tetapi juga cara sebutan anda. Pastikan anda menyebut sesuatu perkataan dengan jelas.
Kebanyakan pembentang, pemidato dan pendebat tahu bahawa penjagaan kualiti suara adalah penting dalam pembentangan hujah mereka. Gaya intonasi yang baik adalah kelebihan dalam persembahan yang memikat. Percakapan yang dinamik lebih disukai audiens dan mereka lebih menumpukan perhatian kepada mesej yang ingin disampaikan. Apakah yang dimaksudkan dengan kualiti suara yang baik?
1. KAWAL KELAJUAN PERCAKAPAN ANDA
Anda perlu tentukan dimana dan bila anda perlu meninggikan suara dan memperlahankan kelajuan suara anda. Perlahankan kelajuan percakapan anda pada fakta-fakta yang penting. Sekiranya perlu diulang, maka ulangklah supaya audiens dapat mencerap maklumat tersebut.
Jalan terbaik untuk mengawal kelajuan percakapan anda semasa pembentangan adalah dengan cara bertenang. Cara ini dapat mengurangkan ketakutan anda sekaligus dapat menenangkan anda. Susun atur perkataan dan ayat yang anda ingin ucapkan. Jangan tergopoh-gopoh hendak menghabiskan ayat dalam satu nafas sahaja. Semput anda nanti!
2. KAWAL VOLUME SUARA ANDA
Bayangkan suara anda seolah-olah sistem amplifier yang anda boleh tentukan dan kawal kadar kekuatan suara anda. Ada masanya anda perlu tinggikan suara anda dan ada kalanya perlu merendahkannya. Sekiranya anda bercakap dengan nada yang sama sepanjang pembentangan, ia akan menjadi bosan. Bermain dengan intonasi suara adalah cara yang terbaik. Kuatkan suara anda pada fakta yang penting, rendahkan suara pada perkara yagn sedih atau yagn memerlukan pe penghayatan. Seorang pendebat atau pemidato selalunya akan bermain dengan nada suara untuk menarik dan meyakinkan hakim.
3. NILAI KUALITI SUARA ANDA SEMASA LATIHAN
Sebaiknya anda merakamkan suara anda semasa latihan pembentangan melalui pita rakaman dan sebagainya. Semasa mendengar semula rakaman tersebut, dengarlah sama ada suara anda jelas atau sebaliknya. kaedah ini dapat menilai kualiti suara anda dan anda ada ruang untuk memperbaikinya supaya mampu memberikan persembahan terbaik pada hari pembentangan atau ceramah.
Kualiti suara anda akan memberi kesan kepada penyampaian pembentangan anda. Sekiranya fakta yang anda bentangkan menarik tetapi malangnya lontaran vokal tidak menarik, maka natijahnya pun tidak menarik kerana suara anda yang tidak jelas. Audiens tidak dapat menghayati fakta dan huraian anda. Ringkasnya, pakej suara anda perlu menarik. Disini perlunya siri latihan pengukuhan dalam meningkatkan kualiti vokal anda.
4. HINDARI NONVOCALIZED PAUSES
Kurangkan atau pastikan anda tidak menyebut nonvocalized pauses( seperti "umm", "uhh" dan lain-lain).
5. JADILAH DIRI ANDA
Bercakap ikut keselesaaan diri kita tanpa memaksa diri untuk meniru gaya ucapan orang lain. Just tumpukan mesej yang ingin disampaikan.
6. BERHENTI SEKETIKA
Jangan straight sahaja ketika bercakap. Ambil sedikit masa untuk berhenti sebentar. Jadikan kata-kata seperti 'hadirin sekalian' dan sebagainya untuk pause dari satu fakta ke satu fakta yang lain. Ia akan menjadikan audiens lebih bersedia semula untuk mendengar semula ucapan anda.
7. SEBUT SETIAP PERKATAAN DENGAN JELAS
8. JADIKAN SUARA ANDA PENUH SEMANGAT
Monday, March 21, 2011
BAHAYA BPA
Bisphenol A(BPA) dan digabungkan dengan bahan kimia lain digunakan didalam pembuatan plastik dan resin. Sebagai contoh BPA digunakan didalam pembuatan plastik Polycarbonate, sifat-sifatnya yang lutsinar, dan mudah dibentuk. Polycarbonate juga digunakan didalam pembuatan bekas makanan, lapisan anti karat tin minuman ringan, botol susu kanak-kanak, pinggan mangkuk, cawan dan bekas simpanan.Larutan BPA yang mudah larut pada suhu panas amat membahayakan kesihatan jika terminum bahan tercemar ini. Antara kesan negatif BPA walaupun pada dos yang rendah:
• Merosakkan fungsi imunisasi
• Akhil baligh sebelum masanya
• Obesiti
• Hiperaktif
• Kanser
Kebanyakkan botol plastik semua diperbuat dari polycarbonate dan pilih label 7 kerana ia mempunyai ketahanan suhu yang tinggi. Elakkan membeli yang labelnya 3 (PVC-polyvinyl chloride) dan 6 (PS-polystyrene) turut mengandungi toksin lain walaupun bebas BPA.
Panduan Penggunaan Botol Susu Bayi Polikarbonat
a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat
Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:
a. Nombor 7
b. Nombor 7 dan PC
c. Nombor 7 dan ‘other’
Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.
b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat
1. Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.
2. Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
3. Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
4. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.
Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.
sumber rujukan: moh.gov.my/ atau http://fsq.moh.gov.my.
p/s: turut perlu diberikan perhatian untuk produk domestik yang berasaskan plastik turut mengundang bahaya pada kesihatan pada jangka masa panjang seperti botol air mineral, bekas makanan polistren dan sebagainya.

Subscribe to:
Posts (Atom)