Wednesday, March 30, 2011

Bagaimana minda separa sedar menarik apa yang Anda selalu fikirkan

Sains minda mengatakan, apabila kita memfokus fikiran pada sesuatu, gelombang elektromagnetik yang terpancar dari minda kita akan menarik apa saja yang berkaitan dengan perkara-perkara yang kita fikirkan tu. Tujuannya supaya fikiran-fikiran liar kita itu berubah menjadi realiti di dunia sebenar.

Minda separa sedar akan menarik orang perseorangan, situasi, perkara dan benda-benda berkaitan dengan apa yang kita fikirkan.

Dalam aspek lain, minda akan menemukan Anda dengan orang-orang tertentu, situasi-situasi tertentu dan perkara-perkara tertentu supaya Anda boleh dapat memiliki apa yang Anda hajatkan. Minda diset untuk menunaikan apa saja kemahuan Anda, bergantung pada cemana realistisknya perkara yang Anda mahukan tu.

Minda kita ini adalah tanda kekuasaan agung Allah Yang Maha Esa.

Minda kita adalah aset utama kita sebagai pakej pelengkap kepada kita untuk menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi. Hanya kerana kita ada minda, kita diangkat menjadi makhluk superior seperti yang di ceritakan dalam Al-Quran.

Apabila Anda kerap memikirkan kereta Satria Neo sebagai kereta fevret Anda, Anda akan perasan yang mata Anda cepat menangkap kereta Satria Neo kerap lalu-lalang, melintas bersimpang-siur di depan mata Anda. Mungkin ketika Anda sedang berada di dalam bas atau ketika sedang berada dalam kereta kawan, tiba-tiba ada sebuah kereta Satria Neo bergerak hampir dengan kenderaan yang Anda naiki.

Apabila Anda suka melihat wanita-wanita cantik dan Anda memang syok setiap kali terlihat wanita cantik, Anda akan perasan ramai wanita-wanita cantik lalu berhampiran dengan Anda ke mana saja Anda pergi. Jika Anda seorang gadis dan Anda syok melihat lelaki tampan yang segak, berkerjaya dan ganteng wajahnya, sudah pasti mata Anda akan terlihat ramai lelaki-lelaki sebegitu ke mana saja Anda pergi seolah-olah mata Anda sudah diprogram untuk mengesan mereka jika mereka ada berhampiran Anda. Mata Anda akan cepat menangkap kelibat lelaki-lelaki tampan di mana saja Anda berada. Megik kan?

Situasi-situasi tadi adalah contoh yang diambil dari dunia sebenar. Ia bukan megik, tapi itu kerja minda.

Anda yang selalu fikir semua tu maka ia didatangkan pada Anda, dimunculkan dalam hidup Anda, ditarik supaya dapat ditemukan dengan Anda.

Cubalah Anda fikirkan sesuatu yang Anda sukai. Anda akan perasan yang Anda kerap terjumpa, terserempak atau terserempak dengan perkara-perkara dan benda-benda berkaitan dengan apa yang Anda sukai tu.

Bahaya apabila kita selalu memikirkan masalah kerana kita akan menarik lebih banyak masalah.

1 comment:

  1. owh.. huhu thanks en. hehe banyakkan fikir kegembiraan dari fikir masalah.

    ReplyDelete