Amaran Rasulullah s.a.w. dalam satu hadisnya yang diriwayatkan oleh At- Tarmizi di dalam al-Sunan yang bermaksud: “Daripada Ali bin Abi Talib (karamallah huwajha), sabda Rasulullah s.a.w: “Apabila umatku melakukan 12 perkara, maka nyatalah kepada mereka bala bencana. Lalu para sahabat bertanyanya: Apakah dia wahai Rasulullah? Sabda Rasulullah s.a.w:
1-- Apabila harta negeri menjadi milik yang berpusing di kalangan orang-orang yang tertentu,
2- apabila amanah dianggap peluang untuk mendapat harta,
3-apabila zakat dianggap cukai,
4- apabila lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya,
5- apabila dia memuliakan kawannya dan berkasar terhadap bapanya,
6- apabila hingar bingar di dalam masjid,
7- orang yang menjadi ketua di kalangan kaum ialah orang yang paling jahat dan hina,
8- dimuliakan seseorang kerana takutkan kejahatannya,
9- minum arak,
10- dipakai sutera oleh kaum lelaki,
11- penyanyi-penyanyi wanita dan alat-alat muzik untuk dipuja,
12- orang-orang yang akhir di kalangan umat ini mengutuk orang yang terdahulu,
maka tunggulah ketika itu bala bencana yang menimpa mereka, sama adaangin ataupun bumi yang menyapu mereka.
” Hadis baginda s.a.w. yang boleh disifatkan sebagai menggerunkan ini merupakan satu amaran kepada umat Islam, umat Muhammad s.a.w, walaupun mereka menjadi umat pilihan yang disifatkan oleh Allah di dalam al-Quran yang bermaksud: “Kamu adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia, kamu menyuruh kepada yang baik, kamu mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah.” (Surah Ali Imran: 110)
Apabila umat Islam meninggalkan kewajipan ini, bahkan berlakunya maksiat di kalangan mereka, tetapi mereka lupa kepada Allah dan Rasul, meninggalkan ajaran agama, maka berlakulah maksiat yang diberi amaran oleh Nabi s.a.w. Maksiat yang berlaku di semua peringkat, daripada peringkat orang yang memerintah sehinggalah kepada peringkat rakyat bawahan.
Reruntuhan akhlak yang berlaku seperti masjid yang menjadi tempat beribadat tidak dihormati supaya dikerjakan ibadat di dalamnya, dipenuhi dengan zikrullah, dengan majlis ilmu, mengingatkan manusia kepada syariat Allah, menunaikan perintah Allah, meninggalkan larangannya, berzikir, bertasbih, bertahmid, bertahlil, berdoa, memuji dan memuja Allah SWT.
Pakaian yang tidak bersopan yang dikhususkan kepada orang-orang perempuan bahkan diharamkan kepada orangorang lelaki dipakai oleh orang-orang lelaki, seperti sutera, sebagaimana amaran Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Allah melaknat orang-orang lelaki yang menyerupai perempuan dan orang-orang perempuan yang menyerupai lelaki.” Amaran Rasulullah s.a.w tidak diendahkan.
Berlakunya hiburan-hiburan yang melekakan manusia daripada ingatkan Allah, ingatkan mati, ingatkan hari akhirat.
Mereka bersuka ria untuk memuaskan hawa nafsu dengan mengambil penyanyi-penyanyi wanita.
Kaum wanita yang menjadi aurat yang sepatutnya dalam keadaan tertutup seperti yang diperintah oleh Islam, mereka dibenarkan terbuka di dalam perkara ilmu, dalam perkara menunaikan haji, dalam perkara ketaatan yang diizinkan oleh Allah SWT, mereka tidak boleh bebas melakukan unsurunsur maksiat dan menjadi punca maksiat-maksiat.
Kenapa Allah SWT menurunkan bala ke atas hamba-Nya?.
Tapi apakah sebenarnya bala itu? Bala yang diambil dari perkataan Arab iaitu ìbalaíî bermakna hukuman daripada Allah akibat salah laku manusia kerana mengingkari sepenuhnya atau sebahagian daripada perintah Allah SWT.
Bala ini pernah terjadi di zaman para anbiya sebelum Nabi Muhammad s.a.w, seperti yang diceritakan oleh Allah dalam al-Quran menerusi ayat 133 surah al-’Araf~ yang bermaksud : “Telah Kami kirimkan ke atas mereka (umat Nabi Musa) ribut taufan, belalang, kutu, katak dan darah, sebagai tanda yang cukup jelas keingkaran mereka terhadap ajaran Nabi Ibrahim, mereka menyombong diri dan sesungguhnya mereka adalah golongan penjenayah (yang melakukan kerosakan di muka bumi).”
Begitu juga Allah menceritakan mengenai kaum Nabi Lut yang melakukan perbuatan terkutuk yang disifatkan oleh Nabi Lut sendiri sebagai perbuatan yang tidak pernah berlaku di dunia sebelum itu, maka Allah musnahkan mereka tanpa memberi peluang untuk mereka bertaubat ke jalan kebenaran, sila rujuk ayat 81 surah al-’Araf~.
No comments:
Post a Comment