Kita boleh kawal minda sedar kita melalui penaakulan, pemikiran dan pengawalan kata-kata. Minda sedar adalah logik akal, juga dipanggil rasional, kerasionalan, kewarasan.
Kita memerlukan sedikit kemahiran untuk mengawal minda bawah sedar.
Minda bawah sedar tak berapa susah untuk dikawal.
Untuk mengawal minda bawah sedar, Anda perlu bertenang sepanjang masa. Di saat kita tenang, minda bawah sedar patuh kepada setiap arahan kita, sama ada arahan yang kita beri melalui kata-kata di fikiran atau arahan yang kita beri melalui gambaran fikiran.
Kita menggunakan minda bawah sedar tanpa kita sendiri menyedarinya. Tiap kali kita berfikir tentang masalah, taip kali itu jugalah minda bawah sedar menarik masalah datang ke dalam hidup kita sebab kita banyak berfikir tentang masalah. Jadi, elakkan berfikir terlalu banyak pasal masalah, nanti bertambah banyak masalah.
Tiap kali kita berfikir tentang kejayaan, tiap kali itu jugalah minda bawah sedar menarik kejayaan dalam ke datang hidup kita simply sebab kita banyak berfikir tentang kejayaan. Nak berjaya dalam hidup, kita kena lebih banyak berfikir tentang kejayaan – tentang kejayaan kita sendiri.
Minda bawah sedar ibarat enjin kereta yang hidup sepanjang masa. Kita kena kawal enjin tu, set arah ke mana kita nak tuju kemudian pandulah kereta tu berjalan menuju ke arah yang kita nak tuju.
Sesetengah orang memanggil minda bawah sedar sebagai minda separa sedar. Walau apapun nama yang Anda panggil, kedua-duanya tetap merujuk kepada benda yang sama. Dr Tuah Iskandar, pakar motivasi terkenal panggil minda separa sedar sebagai sub-cm dalam buku motivasi Membina Imaginasi Cemerlang.
Untuk kita jadi cemerlang, berjaya dan ceria, kita kena belajar mengenali minda bawah sedar selepas itu meransang kekuataannya melalui aktiviti kerohanian dan pemakanan. Kedua-duanya akan dikupas di artikel-artikel motivasi selepas ini.
No comments:
Post a Comment