Tuesday, March 22, 2011

TIPS BERUCAP DENGAN SUARA YANG JELAS


Pembentangan yang baik merupakan penyampaian yang jelas dan tepat. Jelas juga bukan sahaja melalui penjelasan, tetapi juga cara sebutan anda. Pastikan anda menyebut sesuatu perkataan dengan jelas.

Kebanyakan pembentang, pemidato dan pendebat tahu bahawa penjagaan kualiti suara adalah penting dalam pembentangan hujah mereka. Gaya intonasi yang baik adalah kelebihan dalam persembahan yang memikat. Percakapan yang dinamik lebih disukai audiens dan mereka lebih menumpukan perhatian kepada mesej yang ingin disampaikan. Apakah yang dimaksudkan dengan kualiti suara yang baik?

1. KAWAL KELAJUAN PERCAKAPAN ANDA

Anda perlu tentukan dimana dan bila anda perlu meninggikan suara dan memperlahankan kelajuan suara anda. Perlahankan kelajuan percakapan anda pada fakta-fakta yang penting. Sekiranya perlu diulang, maka ulangklah supaya audiens dapat mencerap maklumat tersebut.
Jalan terbaik untuk mengawal kelajuan percakapan anda semasa pembentangan adalah dengan cara bertenang. Cara ini dapat mengurangkan ketakutan anda sekaligus dapat menenangkan anda. Susun atur perkataan dan ayat yang anda ingin ucapkan. Jangan tergopoh-gopoh hendak menghabiskan ayat dalam satu nafas sahaja. Semput anda nanti!

2. KAWAL VOLUME SUARA ANDA

Bayangkan suara anda seolah-olah sistem amplifier yang anda boleh tentukan dan kawal kadar kekuatan suara anda. Ada masanya anda perlu tinggikan suara anda dan ada kalanya perlu merendahkannya. Sekiranya anda bercakap dengan nada yang sama sepanjang pembentangan, ia akan menjadi bosan. Bermain dengan intonasi suara adalah cara yang terbaik. Kuatkan suara anda pada fakta yang penting, rendahkan suara pada perkara yagn sedih atau yagn memerlukan pe penghayatan. Seorang pendebat atau pemidato selalunya akan bermain dengan nada suara untuk menarik dan meyakinkan hakim.

3. NILAI KUALITI SUARA ANDA SEMASA LATIHAN

Sebaiknya anda merakamkan suara anda semasa latihan pembentangan melalui pita rakaman dan sebagainya. Semasa mendengar semula rakaman tersebut, dengarlah sama ada suara anda jelas atau sebaliknya. kaedah ini dapat menilai kualiti suara anda dan anda ada ruang untuk memperbaikinya supaya mampu memberikan persembahan terbaik pada hari pembentangan atau ceramah.
Kualiti suara anda akan memberi kesan kepada penyampaian pembentangan anda. Sekiranya fakta yang anda bentangkan menarik tetapi malangnya lontaran vokal tidak menarik, maka natijahnya pun tidak menarik kerana suara anda yang tidak jelas. Audiens tidak dapat menghayati fakta dan huraian anda. Ringkasnya, pakej suara anda perlu menarik. Disini perlunya siri latihan pengukuhan dalam meningkatkan kualiti vokal anda.

4. HINDARI NONVOCALIZED PAUSES

Kurangkan atau pastikan anda tidak menyebut nonvocalized pauses( seperti "umm", "uhh" dan lain-lain).

5. JADILAH DIRI ANDA

Bercakap ikut keselesaaan diri kita tanpa memaksa diri untuk meniru gaya ucapan orang lain. Just tumpukan mesej yang ingin disampaikan.

6. BERHENTI SEKETIKA

Jangan straight sahaja ketika bercakap. Ambil sedikit masa untuk berhenti sebentar. Jadikan kata-kata seperti 'hadirin sekalian' dan sebagainya untuk pause dari satu fakta ke satu fakta yang lain. Ia akan menjadikan audiens lebih bersedia semula untuk mendengar semula ucapan anda.

7. SEBUT SETIAP PERKATAAN DENGAN JELAS

8. JADIKAN SUARA ANDA PENUH SEMANGAT

3 comments: